Berita

Doug Liman Kongsikan Gambar Projek Sekuel “Edge of Tomorrow”

Views

Filem sains fiksyen Edge of Tomorrow yang ditayangkan pada 2014 merupakan antara filem yang sangat digemari peminat, Sehubungan dengan itu, sebuah sekuel berjudul Live Die Repeat and Repeat telah dirancang pada 2016, dan menurut pengarah Doug Liman, skrip filem sekuel telahpun siap dan hanya menunggu masa untuk memulakan produksi.

Sehinggakini, produksi Live Die Repeat and Repeat tidak dapat dijalankan kerana terdapat masalah untuk menyatukan semula dua pelakon utamanya iaitu Tom Cruise dan Emily Blunt. Kedua-dua bintang tersebut dilaporkan sedang sibuk dengan projek masing-masing, dan pihak produksi terpaksa menunggu sehingga kedua-duanya selesai dengan projek mereka sebelum dapat memulakan penggambaran.

Sementara menantikan tarikh penggambaran, Doug Liman telah ‘mengacah’ peminat dengan sekeping gambar belakang tabir projek Live Die Repeat and Repeat, Gambar tersebut memaparkan Liman dan barisan kreatif sedang merangka projek filem sains fikyen tersebut. Anda boleh saksikannya dibawah.

 

View this post on Instagram

 

How many whiteboards is too many? #LiveDieRepeat2

A post shared by Doug Liman (@dougliman) on

Diterbitkan pada 2014, Edge of Tomorrow merupakan adaptasi dari komik Jepun berjudul All You Need is Kill karya Hiroshi Sakurazaka. Ia mengisahkan tentang Major William Cage (Cruise) yang berupaya untuk untuk mengulangi masa setiap kali dia dibunuh makhluk asing. Dia kemudiannya bekerjasama dengan pahlawan tentera, Rita Vrataski (Blunt) untuk mencari jalan menewaskan induk makhluk asing dan menyelamatkan manusia dari ancaman kepupusan akibat serangan musuh yang jauh lebih maju,

BACA:  Warner Bros. Gantung Produksi THE BATMAN Selama 2 Minggu

Tinggalkan Balasan

shares