Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Klip Filem Terbaru Dora And The Lost City Of Gold Memaparkan Dora Terperangkap Dalam Saluran Air Purba


Paramount Pictures telah melancarkan klip terbaru filem Dora and the Lost City of Gold yang memaparkan Dora terperangkap dalam saluran air purba yang dikenali sebagai Puquois. Anda boleh tonton klip tersebut dipemain video dibawah.

Adaptasi dari siri televisyen kanak-kanak, Dora the Explorer, Ia mengisahkan tentang penggembaraan Dora, Boots (kawan baiknya, yang merupakan seekor monyet), Diego dan serta beberapa rakannya dalam misi menyelamatkan keluarganya dan dalam masa yang sama menyelesaikan misteri disebalik kehilangan ketamadunan kota Inca.

Bintang filem Sicario: Day of the Soldado, Isabela Moner akan memainkan peranan utama sebagai Dora.

Dia turut dibantu beberapa pelakon lain seperti Eugenio Derbez, Jeffrey Wahlberg, Nicholas Coombe, Madeleine Madden, Adriana Barraza serta Eva Longoria, Michael Peña yang akan membawakan watak ibubapa Dora, Benicio del Toro yang akan membawa suara Swiper dan Danny Trejo sebagai suara Boots si monyet.

Dora and the Lost City of Gold akan mula ditayangkan pada 9 Ogos 2019.



Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee