Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dora and the Lost City of Gold: Pandangan Pertama Swiper Didedahkan Kepada Umum

Gambar terbaru dari filem terbitan Paramount Pictures, Dora and the Lost City of Gold telah tular di laman Twitter. Gambar tersebut memaparkan padangan pertama musang si pencuri, Swiper yang juga merupakan karakter CGi.

Reaksi awal kami mengatakan, rekabentuk Swiper lagi ‘elok’ berbanding Sonic. Anda boleh lihat gambar si Swiper di bawah.

Dora and the Lost City of Gold dibintangi Isabela Moner yang membawakan watak utama, Dora. Ia mengisahkan tentang penggembaraan Dora, Boots (kawan baiknya, yang merupakan seekor monyet), Diego dan serta beberapa rakannya dalam misi menyelamatkan keluarganya dan dalam masa yang sama menyelesaikan misteri disebalik kehilangan ketamadunan kota Inca.

Filem ini turut dibintangi pelakon Eugenio Derbez, Jeffrey Wahlberg, Nicholas Coombe, Madeleine Madden, Adriana Barraza serta Eva Longoria, Michael Peña yang akan membawakan watak ibubapa Dora, Benicio del Toro yang akan membawa suara Swiper dan Danny Trejo sebagai suara Boots si monyet.

Paramount Studios telah menetapkan tarikh tayangan Dora and the Lost City of Gold pada 9 Ogos 2019

https://twitter.com/Warmustbeend123/status/1142213120414441475?s=20

Related posts

Warner Bros. Pertimbang Untuk Tayang “Mortal Kombat” Di HBO Max

Kakimuvee

Hailee Steinfeld Sah Bawa Watak Kate Bishop Dalam Siri Disney+ “Hawkeye”

Kakimuvee

Dari Ellen Ke Elliot, Ellen Page Kini Menjadi “Lelaki”

Kakimuvee

Tiada ‘Green Screen’ Dalam Filem “Top Gun: Maverick”

Kakimuvee

The Croods: A New Age Dominasi Kutipan Box Office

Kakimuvee

Yelena Belova Akan Muncul Dalam Siri Disney+ “Hawkeye”?

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating