Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Donnie Yen Sertai Barisan Pelakon “John Wick: Chapter 4”

Barisan pelakon filem aksi yang dinantikan John Wick: Chapter 4 terus berkembang dengan penyertaan pelakon China Hong Kong Donnie Yen

Pelakon veteran itu menjadi kegemaran peminat menerusi peranannya dalam filem seperti xXx: Return of Xander CageRogue One: A Star Wars Story, dan IP Man. Dalam filem akan datang, Yen akan memainkan peranan sebagai rakan lama John Wick “yang berkongsi sejarah dan ramai musuh yang sama.”

Kami sangat beruntung kerana Donnie Yen menyertai francais,” kata pengarah Chad Stahelski kepada Deadline. “Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya dalam peranan baru yang menarik ini.”

Stahelski kembali sebagai pengarah untuk ansuran kali ini dengan Shay Hatten dan Michael Finch bertanggungjawab dalam penghasilan lakon layar.  Basil Iwanyk, Erica Lee, dan Stahelski berkhidmat sebagai penerbit dengan Keanu Reeves dan Loiuse Rosner sebagai penerbit eksekutif. 

Butiran plot masih belum diketahui. Projek terbaru ini akan memulakan produksi pada musim panas ini, di beberapa lokasi seperti Perancis, Jerman dan Jepun. John  Wick: Chapter 4 akan ditayangkan pada 27 Mei 2022.

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment