Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Donnie Yen & Scott Adkins Berentap Dalam Trailer Pertama Ip Man 4: The Finale


Lotus Five Star dengan kerjasama RAM Entertainment bakal membawakan kepada anda,  sebuah filem aksi seni mempertahankan diri yang paling dinantikan-nantikan, Ip Man 4: The Finale lakonan Donnie Yen dan Scott Adkins.

Filem terakhir ini akan berkisarkan tentang Ip Man,  Mahaguru Wing Chun yang telah mengembara ke San Francisco, USA, di mana pelajarnya telah membuka sekolah Wing Chun. Bagaimanapun, komuniti seni mempertahankan diri di sana tidak menyukainya sekolah tersebut. Hidup dalam suasana penuh dengan diskriminasi dan dilayan dengan tidak adil, Ip Man bangkit memperjuangkan hak sama rata.

Turut membintangi filem Ip Man 4: The Finale adalah Chris Collins, Vanness Wu, Vanda Margraf dan Danny Chan Kwok-kwan. Pengarah trilogi Ip Man, Wilson Yip kembali mengarahkan filem keempat ini.

Ip Man 4: The Finale dijangka menemui penonton tempatan mulai 20 Disember 2019.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee