Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Donnie Yen Kembali Beraksi Dalam Filem “Raging Fire”

Filem “Raging Fire” (2021) yang diarahkan Benny Chan dan dibintangi oleh Donnie Yen, Nicholas Tse dan Qin Lan adalah merupakan antara filem blokbuster aksi yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2021.

Teaser trailer yang baru dikeluarkan menyaksikan perseteruan antara Donnie Yen dan Nicholas Tse yang seperti tikus dan kucing.

Teaser trailer sepanjang 1.43 minit menyaksikan babak tembak menembak, pertarungan jalanan serta letupan demi letupan menjanjikan formula terbaik dalam filem aksi blokbuster ini.

Dalam teaser trailer juga boleh dilihat babak permainan psikologi antara Donnie Yen dan Nicholas Tse yang sedikit sebanyak memberikan petunjuk berkenaan jalan cerita filem ini.

Setelah berjaya dalam filem Ip-man, Donnie Yen Kembali menunjukkan aksi dalam dunia moden tanpa peraturan dan lebih rancak. Nicholas Tse turut lembali ke layer perak dengan membawa watak antagonis yang tersakiti.

Selain itu, poster awal turut dikeluarkan sekali dengan teaser trailer.

Filem “Raging Fire” (2021) yang diarahkan Benny Chan dan dibintangi oleh Donnie Yen, Nicholas Tse dan Qin Lan akan ditayangkan di pawagam pada 30 Julai 2021 di Malaysia. Filem ini dibawakan oleh Lotus Five Star with Marketing Partner RAM Entertainment

Related posts

Rating “Mouse” Sedikit Menurun, “Sell Your Haunted House” & “Law School” Kekal Kukuh

Zulaikha

Hulu Lancar Trailer Animasi “Marvel’s M.O.D.O.K”

Kakimuvee

7 MOST ADORABLE K-DRAMA SCENE-STEALERS

Zulaikha

“Vincenzo” & Song Joong Ki Paling Popular Untuk Minggu Ke-2 Berturut-turut

Zulaikha

Josh Ruben Hidupkan Permainan Video Seram Ubisoft Dalam Trailer “Werewolves Within”

Kakimuvee

Trailer “The Conjuring: The Devil Made Me Do It” Telah Dilancarkan, Akan Berstatus ‘R-rated’

Kakimuvee