Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Don Lee Bagi Tumbukan Padu Dalam TV Spot Eternals

Marvel Studios telah melancarkan TV Spot terbaru Eternals, yang diarahkan oleh pemenang Oscar, Chloe Zhao. Filem ini dijadual tayangan pada 5 November 2021. 

Video tersebut, yang anda boleh lihat dibawah, memuatkan beberapa rakaman terbaru yang terus memperkenalkan pahlawan-pahlawan utama. Watak lakonan Kumail Nanjiani, Kingo digambarkan sebagai “pahlawan terhebat yang pernah dikenali dunia.” Selain itu, ia turut memberi gambaran terbaru mengenai kekuatan mereka, dan menyoroti hubungan kekeluargaan mereka yang dinamik. 

Berdasarkan komik Marvel dengan nama sama karya Jack Kirby, Eternals menyambut pasukan superhero baru yang menarik ke Marvel Cinematic Universe. Kisah epik, sepanjang ribuan tahun, menampilkan sekumpulan pahlawan abadi yang dipaksa keluar dari bayang-bayang mereka sendiri untuk kembali bersatu dan menentang musuh tertua umat manusia, The Deviants. 

Eternals menampilkan barisan pelakon bintang seperti Richard Madden sebagai Ikaris, Gemma Chan sebagai Sersi, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak, Lia McHugh sebagai Sprite, Don Lee sebagai Gilgamesh, Barry Keoghan sebagai Druig, Angelina Jolie sebagai Thena dan Kit Harington sebagai Dane Whitman. 

Pemenang Oscar Chloe Zhao mengarahkan filem ini dan turut menulis lakon layar bersama Matthew k. Firpo dan Ryan Firpo. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige berperanan sebagai penerbit.

Related posts

Penggambaran Aquaman and the Lost Kingdom Tertangguh Selepas Jason Momoa Disahkan Positif COVID-19

Kakimuvee

Eternals Pada Masa Ini Menjadi Filem MCU Yang Mendapat Rating Paling Rendah Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Leave a Comment