Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Don Cheadle Sahkan Penglibatannya Dalam Sekuel SPACE JAM 2

Bintang Avengers: Endgame, Don Cheadle mengesahkan bahawa dia bakal membintangi filem sekuel yang lama dinantikan, Space Jam 2. Namun, aktor tersebut tidak mendedahkan watak yang bakal dibawa olehnya dalam filem akan datang.

“Tidak, saya tidak membawa watak diri sendiri” jelas Cheadle ketika ditemubual semasa berada di Television Critics Association baru-baru ini.

“Saya tidak akan memberitahu watak yang bakal saya lakonkan”

Pada November yang lalu, Cheadle dilaporkan menyertai barisan pelakon Space Jam 2, tetapi watak yang bakal dibawa olehnya menjadi tanda tanya dikalangan peminat.

Space Jam 2 telah memulakan penggambaran pada Jun 2019. Selepas pengunduran Terrence Nance disebabkan perbezaan kreatif, projek sekuel tersebut diambil alih Malcolm D.Lee (Night School), manakala pengarah Black Panther, Ryan Coogler bertindak selaku penerbit bersama-sama LeBron James.

Filem live action animasi itu turut dibintangi LeBron James sebagai diri sendiri, Sonequa Martin-Green sebagai Savannah James, dan Ceyar J. Wright sebagai LeBron “Bronny” James Jr., manakala pelakon suara terdiri daripada Eric Bauza sebagai Bugs Bunny dan Daffy Duck serta Kath Soucie sebagai Lola Bunny. Beberapa pemain NBA dan WNBA bakal membuat kemunculan sebagai watak cameo.

Space Jam 2 akan menemui penonton pada 16 Julai 2021.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment