Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dominique Thorne Akan Membuat Debut Sebagai Riri Williams Dalam “Black Panther: Wakanda Forever”

Barisan pelakon filem terbaru Marvel Studios, Black Panther: Wakanda Forever terus berkembang!

Menurut laporan ComicBook.com, pelakon Judas and the Black Messiah, Dominique Throne akan menyertai filem sekuel yang akan datang dengan membuat debut MCU sebagai Riri Williams.


Throne, yang akan memainkan peranan Riri William dalam siri Disney+ Ironheart yang akan datang, akan membuat debut di Marvel Cinematic Universe dalam entri kedua Black Panther sebelum muncul dalam siri solonya sendiri. Presiden Marvel Studios Kevin Feige mengesahkan berita tersebut ketika ditemubual ComicBook.com.

“Buat masa ini, kami akan melakukan penggambaran Black Panther: Wakanda Forever, dan karakter Riri Williams, anda akan melihatnya dalam Black Panther 2 terlebih dahulu,” ujar Feige. “Dia akan melakukan penggambaran, saya rasa, minggu ini sebelum siri Ironheart lakonannya.”

Riri Williams adalah seorang remaja yang sangat genius dalam bidang kejuruteraan dan telah merekabentuk sendiri sut Iron Man untuk kegunaannya sendiri. Setelah kematian ayahnya, dia terus tinggal bersama ibunya, dan akhirnya diterima masuk ke institut MIT, di mana dia terus membina perisai Iron Man versinya sendiri. 

Sekuel Black Panther sekali lagi akan diarahkan dan ditulis oleh Ryan Coogler. Filem akan datang menyaksikan kepulangan sebilangan besar pelakon asal seperti Lupita Nyong’o sebagai Nakia, Danai Gurira sebagai Okoye, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, dan Letitia Wright sebagai Shuri. Menyertai barisan pelakon adalah Tenoch Huerta (Narcos: Mexico) yang dilaporkan akan membawa watak utama penjahat. Kebanyakkan peminat berspekulasi bahawa watak lakonan Huerta adalah Namor.

Black Panther: Wakanda Forever dijadualkan tayangan pada 8 Julai 2022, hampir dua tahun selepas kematian pelakon utama Chadwick Boseman, yang meninggal dunia pada usia 43 tahun selepas bertarung dengan kanser usus.

Related posts

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Leave a Comment