Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

It Dominasi Carta Box Office, Kingsman catat $17 Juta Dolar Pada Minggu Ke-2

It kembali mendominasi carta box office domestik apabila berjaya merampas tempat pertama dari filem Kingsman: The Golden Circle dengan mencatat kutipan mingguan sebanyak $17.3 juta dolar menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $291 juta untuk pasaran Amerika. Filem seram adaptasi novel Stephan King itu juga berjaya mengumpul $35.6 juta untuk pasaran antarabangsa dengan jumlah terkumpul jika dicampurkan dengan kutipan domestik adalah sebanyak $553.1 juta.

Sementara itu, filem arahan Matthew Vaughan, Kingsman: The Golden Cirlce berada ditangga kedua carta box office apabila mengutip $17 juta dolar pada minggu kedua, berkongsi jumlah kutipan filem arahan Doug Liman, American Made.

American Made yang dibintangi oleh Tom Cruise telah memulakan tayangannya pada penghujung Ogos yang lalu dan sehingga kini telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak $81.7 juta dolar seluruh dunia. Bagaimanapun, kutipan filem berkenaan dijangka akan terus meningkat apabila akan ditayangkan dibeberapa negara lain Russia, Ukraine, Japan dan Argentina.

Filem Kingsman: The Golden Circle pula telah mengaut  $50 juta dolar untuk pasaran antarabangsa dan kini mengumpul sebanyak $192.7 juta dolar sejak dua minggu yang lalu. Filem yang bermodalkan $104 juta itu dibintangi oleh  Colin Firth, Julianne Moore, Taron Egerton, Mark Strong, Halle Berry, Sir Elton John, Channing Tatum, dan Jeff Bridges. Kini sedang ditayangkan dipawagam tempatan.

Berada dicarta keempat Box Office, The Lego Ninjago Movie telah menambah $12 juta dolar untuk minggu kedua dan $10.6 juta untuk pasaran antarabangsa dengan jumlah terkumpul sehingga sebanyak $58.3 juta dolar. Filem animasi Lego itu disuarakan oleh Dave Franco, Justin Theroux, Fred Armisen, Abbi Jacobson, Olivia Munn, Kumail Nanjiani, Michael Pena, Zach Woods, dan Jackie Chan.

Manakala filem terbaru yang ditayangkan, Flatliners terbitan Sony Pictures telah mengutip $6.7 juta pada minggu pertama tayangannya

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment