Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dolph Lundgren Dedahkan Plot Aquaman, Nyata Berbeza Dari Versi Komik

Salah seorang pelakon filem Aquaman, Dolph Lundgren telah mendedahkan sedikit plot tentang filem lakonannya semasa beliau ditemuramah oleh wartawan  Las Vegas Review-Journal.

Beliau telah mendedahkan hubungan diantara wataknya, King Nereus dengan watak Mera lakonan Amber Heard dalam filem Aquaman itu nanti. Lundgren memberitahu, wataknya dalam filem tersebut adalah sebagai bapa kepada Mera.

“It is good to be king. Basically, I try to keep the peace down there along with Amber Heard, who plays my daughter,” She’s trying to convince me to join the right side.” – Dolph Lundgren.

Berbeza dengan versi komik, Mera adalah tunang kepada King Nereus dan mereka bakal berkahwin sebelum Mera meninggalkan kerajaan Xebel dan bertemu dengan Arthur Curry di Atlantis. Mera dan Arthur Curry kemudiannya berkahwin dan menjadi raja dan permasuri di kerajaan Atlants.

Selain itu juga, Lundgren turut memberi sedikit ‘nint’ tentang filem itu dimana akan berlaku peperangan diantara dua dunia iaitu laut dan darat serta.

“Then you have Nicole Kidman as Aquaman’s mother [Queen Atlanna],” We’re trying to avoid war between the surface dwells and the people of Atlantis.”

Filem Aquaman diarahkan oleh James Wan dan merupakan filem keenam dalam dunia DCEU (DC Extended Universe). Ianya dibintangi oleh Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson, Willem Dafoe, Yahya Abdul-Mateen II, Temuera Morrison, Dolph Lundgren, serta Nicole Kidman dan bakal menemui penonton pada 21 Disember 2018

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee