Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Dokumentari Jahat Al Jazeera “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” Diterbitkan Tanpa Lesen

Dokumentari kontroversi Locked Up in Malaysia’s Lockdown terbitan stesen televisyen antarabangsa Al Jazeera telah mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia kerana ia memberikan maklumat salah dan berniat jahat.

Al Jazeera didakwa cuba menggambarkan kerajaan bersikap ‘kejam’ terhadap pendatang asing ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selepas dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan, kini Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pula tampil mendedahkan Al Jazeera International (M) Sdn Bhd telah menerbitkan dokumentari itu tanpa lesen yang sah dari pihak FINAS.

“Hasil siasatan awal, FINAS mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dan tiada permohonan Surat Perakauan Penggambaran bagi penggambaran dokumentari tersebut.

“FINAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan terhadap Al Jazeera,” ujar FINAS dalam satu kenyataan media.

Stesen televisyen antarabangsa itu akan disiasat di bawah Seksyen 22(1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013) keraja menjalankan aktiviti perfileman atau menjalankan aktiviti pengeluaran filem dokumentari tanpa lesen yang sah dari FINAS.

Sumber: Cinema Online

Related posts

DRAMA ‘SIAPA JAGA MAK’ PAPAR INSPIRASI KISAH BENAR DARI SINGAPURA

Kakimuvee

Viu Original “Keluarga Baha Don” Kembali Lagi Untuk Musim 3

Kakimuvee

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

CLUB MICKEY MOUSE KEMBALI DENGAN MUSIM 4, TAYANGAN EKSKLUSIF DI DISNEY + HOTSTAR BERMULA 28 JULAI

Kakimuvee

DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

Kakimuvee

Leave a Comment