Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Adakah Doctor Strange Telah Wujud Semasa Zaman Captain America: Winter Soldier?

dr strange fan art

Buat masa ini, Marvel Cinematic Universe (MCU) telah berjaya memastikan peminat filem MCU dapat memahami timeline filem-filem yang mereka hasilkan. Walaupun mereka tidak menyatakan tahun-tahun spesifik dalam filem mereka, tetapi penonton dapat memahami bilakah masa yang terjadi diantara filem-filem MCU.

Sebagai contoh, Captain America: The First Avengers menunjukkan timeline filem zaman 40-an dan merupakan prelude kepada filem-filem MCU yang lain, manakala timeline Incredible Hulk pula terjadi sebelum filem theĀ Iron Man 2.Ā 

Tetapi filem Doctor Strange timbul sedikit pedebatan diantara peminat-peminat MCU kerana terdapat info-info yang menunjukkan bilakah perjalanan Doctor Strange berlaku.

Dalam sebuah group Facebook Movie Addict, terdapat seorang peminat MCU bertanyakan adakah timeline Doctor Strange sama seperti filem Captain America: The Winter Soldier? Ini memandangkan nama Doctor Strange ada disebut semasa Jasper Sitwell mendedahkan rancangan Hydra dalam filem tersebut.

winter-soldier

Ok mari kita lihat sedikit fakta mengenainya. Dalam filem Captain America: The Winter Soldier, salah seorang ahli kumpulan Hydra , Jasper Sitwell menamakan Doctor Strange antara individu yang akan dihapuskan oleh Hydra kerana dianggap sebagai musuh kepada organisasi pejahat tersebut. Ini berdasarkan algorithm yang dicipta oleh Zola untuk mengesan musuh-musuh dan potensi musuh kepada Hydra dan memusnahkan mereka sebelum mereka mula menentang organisasi mereka.

Adakah Doctor Strange telah mendapat kuasa mistiknya pada masa tersebut sehingga menyebabkan dia menjadi sasaran Hydra?

Jawapannya adalah tidak. Ini dimaklumkan sendiri oleh salah seorang penulis filem Doctor Strange iaitu C. Robert Cargill. Cargill memberitahu, timelineĀ Doctor StrangeĀ bermula pada tahun 2016 malah sedikit sedutan Bangunan Avengers (Avengers Tower) dalam filem tersebut telah mengesahkan bahawa filemĀ Doctor Strange telahpun melalui fasa masaĀ Avengers: Age of Ultron.Ā Ini bermakna,Ā Stephen Strange masih lagi seorang doktor bedah yang popular pada masa itu dan tidak memiliki apa-apa kuasa lagi.

Kesimpulannya, Doctor Strange hanya mula memiliki kuasanya selepas zamanĀ Captain America: The Winter SoldierĀ dan Avengers: Age of Ultron. Sebelum pada zaman tersebut,Ā Doctor Strange hanyalah seorang manusia biasa cuma dia memiliki kepintaran yang tinggi.

Kenapa dia menjadi sasaran Hydra tidak diketahui, mungkin algorithm Zola dapat meramal kuasa yang bakal dimiliki oleh Doctor Strange agaknya ataupun Strange walaupun masih belum mempunyai kuasa tetap menjadi ancaman kepada mereka.

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment