Tidak lama lagi, Marvel Studios akan menayangkan satu lagi filem terbaru yang beradaptasikan dari komik Marvel iaitu Doctor Strange. Mesti ramai tidak tahu siapakah Dr.Ā Strange? Adakah dia Superhero atau Supervillian dan apakah kuasanya dan kelebihan yang ada pada Dr.Ā Strange sehinggakan Marvel Studios menghasilkan filem berdasarkan dariĀ karakter tersebut.
Nama sebenarnya adalah Doctor Stephen Vincent Strange dan muncul buat pertama kalinya pada tahun 1963 dalam komik Strange Tales #110. Karakter ini dicipta oleh Steven Ditko dan dia merupakan salah satu karakter superhero dalam koleksi komik Marvel.
Dr.Ā Strange merupakan bekas jurubedah neuro yang telah diambil sebagai apprentice oleh seorang ahli sihir terhebat masa itu. Dia kemudiannya dilatih sehingga menjadi seorang Sorcerer Supreme dan ditugaskan menjadi pelindung kepada bumi dari kuasa black magic dan kuasa mistikal.
Walaupun Dr.Ā Strange seorang yang ego, dia merupakan seorang jurubedah yang sangat bijak. Kisah beliau menjadi ahli sihir terhebat bermula apabila dia terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan di kehilangan tangan dan menyukarkan dirinya untuk membuat pembedahan dan menyebabkan dia kehilangan pekerjaan. Disebabkan itu, dia telah merantau ke serata dunia untuk mencari jalan bagi memulihkan tangannya yang hilang akibat kemalangan yang menimpanya itu.
Hasil pencariannya, dia telah berjumpa dengan The Ancient One iaitu seorang Sorcerer Supreme. Dia telah diambil menjadi apprentice oleh the Ancient One dan telah diajar oleh ilmu mistikal, magic dan juga seni mempertahankan diri. Dan disitu dia telah dilatih bertujuan untuk menjadi pelindung kepada bumi dari kuasa jahat dan mistik.
Selain dari memiliki kuasa magic, Dr.Ā Strange juga menggunakan kostum yang mempunyai objek mistikal iaitu The Cloak of Levitation dan Eye of Agamotto yang memberi kuasa tambahan kepada beliau. Beliau juga, seperti superhero-superhero yang lain,Ā mempunyai sidekick nya sendiri iaitu Wong yang merupakan kawan.
Antara kuasa yang dimiliki oleh Dr. Strange adalah:
Kuasa magic – Dr. Strange merupakan ahli sihir yang paling berkuasa yang pernah wujud
Teleportation
Dimensional travel
Merentasi masa
Illusion casting
Manupulasi fikiran manusia lain.
Dr. Strange juga mempunyai abiliti yang luar biasa iaitu mahir dalam seni mempertahankan diri, mahir dalam ilmu perubatan dan ilmu magic.
Dr. Strange pernah menyertai beberap kumpulan superhero yang lain, antaranya:
New Avengers
Illuminati
Defenders
The Order
Midnight Sons
Beliau adalah Ahli Sihir terhebat bukan saja dibumi malam di serata angkasaraya. Malah, Eternity (Makhluk yang mengawal segala magic, kuasa, tenaga, masa dan realiti) mengakui Dr. Strange adalah manusia yang paling berkuasa dikalangan superhero manusia.
Dr. Strange pernah muncul dalam rancangan TV bertajukĀ Dr. Strange pada tahun 1978 yang dilakonkan oleh Peter Hooten dan yang terbaru, Marvel Studios menghasilkan filem Dr. Strange yang dibintangi olehĀ Benedict Cumberbatch yang akan ditayangkan pada November 2016 nanti.