Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Doctor Strange” Selamatkan Lelaki Dari Disamun


Aktor British Benedict Cumberbatch membuktikan beliau bukan sahaja adiwira didalam filem, malah juga di alam realiti apabila belliau muncul sebagai wira menyelamatkan seorang lelaki daripada diserang empat penyamun.

Dalam kejadian yang berlaku di London itu, aktor yang terkenal membawakan watak fiksyen Sherlock Holmes dan adiwira terbitan komik Marvel dalam filem Doctor Strange, telah bergegas keluar daripada teksi yang dinaikinya untuk membantu seorang lelaki yang sedang diserang penjenayah-penjenayah tersebut

Mangsa yang menaiki basikal itu merupakan seorang penghantar makanan bagi syarikat Deliveroo.

“Mangsa sangat bertuah, Benedict seorang adiwira!. Benedict sangat berani dan tidak mementingkan dirinya sendiri. Jika dia tidak membantu, mangsa tentunya mengalami kecederaan yang lebih serius,” ujar pemandu Uber Cumberbatch ketika itu, Manuel Dias.

nsiden itu berlaku di Marylebone High Street, yang kebetulan berdekatan dengan lokasi kediaman fiksyen Holmes di Baker Street.


“Salah seorang penyerang cuba memegang basikal mangsa untuk menahannya. Mangsa telah ditumbuk di muka, dan dibantai di bahagian kepala dengan topi keledar.

“Tiada kecurian dilaporkan. Mangsa juga tidak memerlukan rawatan hospital. Tiada tangkapan dibuat,” ujar pihak polis.

Cumberbatch, yang membawa watak detektif dalam siri televisyen Sherlock since 2010, juga membintangi filem seperti The Hobbit, Avengers: Infinity War dan The Imitation Game.

Dias berkata, aktor itu telah berdepan dengan kumpulan penyerang tersebut dan berjaya menarik mereka menjauhi mangsa, selain menjerit: “Jangan ganggu dia lagi!”

Cumberbatch bagaimanapun memberitahu akhbar The Sun bahawa dia bukanlah wira.

“Saya melakukannya kerana… saya perlu lakukannya,” ujar Cumberbatch.

Sumber: Astro Awani


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Benedict Cumberbatch Sanggup Teruskan Watak Doctor Strange Untuk Sedekad Lagi

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd