Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Doctor Strange in the Multiverse of Madness” Bakal Menyaksikan Chris Evans Kembali Ke MCU Sebagai Captain….?


Filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU) penuh dengan khabar angin dan teori peminat, ini termasuklah Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang mana ia turut dikaitkan dengan khabar angin yang cukup menarik.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan bahawa Chris Evans sedang dalam rundingan dengan Marvel Studios untuk kembali meneruskan peranan Captain America dalam beberapa filem MCU. 

Kini, laman Giant Freaking Robot pula memberikan berita yang cukup menarik kepada peminat.

Menurut laman itu, Evans akan kembali sebagai Steve Rogers dalam sekuel Doctor Strange, tetapi bukanlah sebagai Captain America, sebaliknya sebagai Captain HYDRA dari jalan cerita komik Secret Empire. 

Selain itu juga, Evans turut dikhabarkan akan menyarung semula sut Fantastic Four untuk memainkan kembali peranan sebagai Human Torch. Idea yang pelik, tetapi agak menarik memandangkan Fantastic Four akan membuat kemunculan dalam MCU. 


Apapun, laporan dari Giant Freaking Robot boleh dianggap khabar angin dan mungkin ianya teori dari peminat. Kita perlu menunggu pengesahan rasmi dari Marvel Studios atau pelakon itu sendiri mengenai kepulangan semula Steve Rogers ke MCU. 

Doctor Strange in the Multiverse of Madness digambarkan sebagai filem seram pertama MCU. Benedict Cumberbatch akan meneruskan peranannya sebagai Dr. Stephen Strange, bersama-sama Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff aka Scarlet Witch. 

Menurut Kevin Feige, rancangan terbaru Disney+, WandaVision dan Loki akan memberi kesan langsung kepada peristiwa dalam sekuel Doctor Strange akan datang. 

Filem sekuel ini diarahkan oleh Sam Raimi (Spider-Man), yang menggantikan tempat Scott Derrickson, manakala pengarah Loki, Michael Waldrona akan menulis lakonlayar. Chiwetel Ejiofor dan Benedict Wong turut dilaporkan kembali sebagai Baron Mordor dan Wong.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan dilancarkan pada 25 Mac 2022


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee