Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Sony Pictures telah mendedahkan tv spot terbaru Spider-Man: No Way Home yang memberikan beberapa rakaman terbaru untuk ditatap oleh peminat. Filem ini dijadualkan tayangan pada 16 Disember 2021. 

Video berdurasi 30 saat itu mengusik adegan pergaduhan pertama antara Doc Ock, lakonan Alfred Molina, dan Peter Parker, lakonan Tom Holland, di mana wira terkenal itu akhirnya mengetahui bahawa multiverse itu benar-benar nyata. Ia juga memberi kita pratonton kemungkinan interaksi pertama antara Doctor Strange, lakonan Benedict Cumberbatch dan Doc Ock, yang juga keliru dengan keseluruhan situasi.


Anda boleh saksikan tv spot tersebut di pemain video dibawah:

Sementara itu, poster antarabangsa Spider-Man: No Way Home turut didedahkan, memaparkan sut terbaru Green Goblin dan banyak lagi. 

Spider-Man: No Way Home dibintangi Tom Holland yang akan memainkan watak sebagai  superhero kegemaran ramai, Spider-Man/Peter Parker. Dia turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Dijangkakan, kedua-dua mereka akan bergandingan untuk menentang Electro dan Doctor Octopus, kedua-duanya dilakonkan oleh Jamie Foxx dan Alfred Molina, dan antara penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.

Seperti WandaVision, No Way Home akan terikat dengan peristiwa Doctor Strange in the Multverse of Madness, arahan Sam Raimi. 

Entri ketiga Spider-Man MCU ini turut menampilkan kepulangan sebilangan besar pelakon dari filem sebelumnya seperti Zendaya (Euphoria, Dune) sebagai MJ, Jacob Batalon (50 State of Fright) sebagai Ned, Marisa Tomei (The King of Staten Island) sebagai Aunt May, Tony Revolori (The French Dispatch) sebagai Flash dan Hannibal Buress (Tag) sebagai Coach Wilson.

Related posts

Produksi THE BOYS Musim 4 Telah Bermula, Jensen Ackles Akan Kembali Sebagai Soldier Boy

Kakimuvee

Gambar “Enola Holmes 2” Goda Pandangan Pertama Filem Sekuel Netflix

Kakimuvee

Musim 3 One-Punch Man Telah Diumumkan

Kakimuvee

Seo In Guk, Jung So Min & Jang Dong Yoon Terperangkap Di Lautan Neraka Dalam Filem Terbaru “Project Wolf Hunting”

Kakimuvee

Trailer WEDNESDAY Goda Misteri, Kekacauan & Pembunuhan Untuk Siri Terbaru Netflix

Kakimuvee

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Leave a Comment