Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Doctor Strange Bakal Mendapat Sekuel


Doctor Strange merupakan antara adiwira yang telah menjadi mangsa Thanos dalam filem Avengers: Infinity War. Walaupun beberapa adiwira seperti Spider-Man dan Guardians of the Galaxy dijangka akan kembali dihidupkan dalam filem Avengers 4 berdasarkan perancangan filem-filem mereka akan datang, Status Doctor Strange dilihat tergantung dalam filem tersebut kerana tiadanya perancangan untuk hasilkan Doctor Strange 2 oleh pihak Marvel Studios.

Bagaimanapun dalam temuramah terbaru, Presiden Marvel Studios iaitu Kevin Fiege mendedahkan, mereka tetap akan menghasilkan filem kedua Doctor Strange walaupun ia mengambil masa yang lama.

“[Doctor] Strange, you know, whenever we do another Strange one, which we will do, it will be a number of years from the first Strange, and yet he’s a very big part of Infinity War.” 

Dijangkakan penonton tidak akan dapat menyaksikan filem kedua Doctor Strange sehingga tahun 2020 atau 2021, tetapi jangan khuatir, penonton mungkin dapat melihat aksinya dalam filem-filem Marvel akan datang, paling hampir adalah Avengers 4 yang mana watak tersebut mungkin dapat dihidupkan kembali berdasarkan perancangan filem keduanya oleh Marvel.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee