ReviewSlot Asia

Review Drama Korea: Doctor Prisoner (2019)

Views

AMARAN SPOILER!!

Drama ini mengikuti kisah dendam seorang doktor yang berkebolehan, mahir dan bijak iaitu Na Yi Je (Namgoong Min) yang telah dibuang dari pekerjaannya semasa ditangkap secara tidak adil di dalam suasana kuasa politik di tempat kerja.

Tidak percaya kepada kuasa dan kebolehan undang-undang untuk menumpaskan orang-orang yang berkuasa, Na Yi Je bekerja sebagai doktor di penjara untuk membalas dendam secara peribadi dengan caranya sendiri

Mengisahkan tentang kisah doktor kecemasan, Na Yi Je, yang terlibat dalam perjuangan kuasa dalam syarikat konglomerat yang dikendalikan oleh sebuah keluarga (keluarga Lee). Niatnya yang baik untuk membantu orang kurang bernasib baik berubah menjadi mimpi ngeri ketika pembedahan ibunya terhenti ketika dia dituduh mengganggu dokumen perubatan.

Selepas menjalani masa tahanan di penjara, dia memulakan perjalanan untuk menuntut bela bagi pihak ibunya dan pesakit yang meninggal dunia kerana CEO Syarikat Taekang, Lee Jae Jun (Choi Won Young).

Pertembungan di antara Na Yi Je dan Seon Min Sik (Kim Byung Chul),”bergaduh” serta persaingan antara satu sama lain dengan pelbagai masalah untuk mendapatkan kuasa di Penjara Seoul Barat adalah menarik untuk disaksikan. Apabila jalan cerita dikembangan, didedahkan orang-orang yang bertanggungjawab terhadap semua kekejaman, gabungan bersama pihak pendakwaraya dan bekas musuh telah meningkatkan keseronokan perjalanan cerita.

Rancangan balas dendam untuk menjerat penjahat yang licik benar-benar memerlukan banyak masa dan taktik yang teliti.Tetapi Na Yi Je berjaya menguasai segala-galanya, menebus semuanya demi keadilan walaupun menggunakan kaedah yang tidak begitu baik.

BACA:  Future World (2018) Review

Drama ini seperti mengikuti jejak drama seperti Sky Castle yang mana dengan tegas mengejar golongan elit, dan membuat mereka membayar semula perbuatan salah mereka. Malangnya, drama ini tidak dilakukan dengan sebaiknya seperti drama tersebut. Tetapi kombinasi 3 pelakon, Nam Goongmin, Kim Byung Chul dan Choi Won Young yang penuh dengan karisma dan lakonan yang hidup serta bersahaja merupakan tarikan utama drama ini untuk ditonton sehingga akhir episod.

Mesej yang paling kuat ditonjolkan secara langsung dalam drama ini adalah tidak ada sesiapapun yang jahat atau baik, semuanya bergantung pada situasi. Watak-watak dalam drama ini mempunyai sisi jahatnya dalam pelbagai cara atau bentuk, dan walaupun penonton menyebelahi Na Yi Je, tetapi Na Yi Je sendiri melakukan tindakan dan kaedah yang tidak bermoral untuk mencapai tujuannya.

32/16 episod (KBS2)

Rating Kakimuvee: 8/10

Tinggalkan Balasan

shares