Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Doctor Octopus ‘Sedut’ Teknologi Dari Suit Iron Spider” – Antara Teori Terbaru Peminat Mengenai Spider-Man: No Way Home

Tidak dinafikan, Spider-Man: No Way Home menjadi antara filem Marvel yang paling dinanti-nantikan selepas Avengers: Endgame. Sejak filem ini memulakan produksi, pelbagai teori telah dilontarkan peminat. Bukan itu sahaja, pelancaran trailer pertamanya juga turut merancakkan lagi spekulasi sehinggakan peminat mendesak agar Sony Pictures mengeluarkan satu lagi trailer untuk Spider-Man 3. 

Terbaru, beberapa gambar beresolusi tinggi Spider-Man: No Way Home telah tersebar di media sosial, dan peminat mula membedah gambar-gambar tersebut dan membuat beberapa kesimpulan yang sangat menarik. 

Salah satu gambar memaparkan Peter Parker versi MCU berada dalam salah satu bilik di Sanctum Sanctorum. Seperti yang anda lihat, susunan dibilik tersebut dikatakan hampir sama dengan bilik bawah tanah Peter Parker versi The Amazing Spider-Man. 

Mungkinkah terdapat portal yang membawa kepada realiti yang berbeza? atau sekadar ‘homage’ kepada filem terdahulu. 

Satu lagi gambar, yang memaparkan Doctor Octopus menawan Spider-Man turut menimbulkan spekulasi di kalangan peminat. Gambar tersebut menunjukkan perubahan penting pada empat lengan tambahan Doctor Octopus, dimana skema warnanya berbeza dari versi Spider-Man 2 tahun 2004. 

Dalam versi tahun 2004, skema warna lengan Doctor Octopus adalah emas dan hijau, tetapi versi terbaru ini berwarna merah. Terdapat beberapa teori yang dikemukakan peminat; antranya, ini mungkin Variant Doc Ock, dan bukannya versi yang dilakonkan Alfred Molina di layar perak 17 tahun yang lalu. 

Satu lagi teori juga agak menarik, Doctor Octopus telah mempertingkatkan lengan tambahannya itu dengan Teknologi-Stark – mungkin dengan cara ‘mencuri’ nanotech dari Iron Spider. 

Spider-Man: No Way Home menjadi antara filem MCU yang telah mencetuskan banyak spekulasi dari peminat. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah memberi “amaran kepada peminat agar tidak terlampau mempercayai khabar angin.” Sudah tentu, peminat Marvel akan sentiasa berspekulasi kerana mereka sangat teruja dengan idea ‘multiverse’ dalam filem akan datang. 

Apapun, kita elakkan dari terlalu bergantung dengan khabar angin dan meletakkan jangkaan kita secara sederhana agar tidak merasa kecewa dengan jangkaan yang tidak mengena. 

 

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment