
Prestasi drama terbaru MBC, The Spies Whoe Loved Me menurun pada hari kedua.
Walaupun bermula baik pada episod pertama dengan rating sebanyak 4 peratus, episod kedua menyaksikan penurunan yang sangat ketara dengan rating sebanyak 3.0 dan 3.2 peratus. Drama terbaru ini dibintangi ahli kumpulan Shinhwa, Eric, Yoo In Na dan In Joo Hwan.
Sementara itu di KBS, drama Do Do Sol Sol La La Sol merekodkan rating sebanyak 2.1 dan 3.0 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut berjaya mencecah rating 3.0 peratus buat kali pertama.
Drama JTBC, Privates Lives terus mencatatkan penurunan dengan rating terbaru hanya 1.49 peratus, rating paling rendah setakat ini.
Akhir sekali, drama tvN, Tale of the Nine-Tailed buat partama kali mendapat rating dibawah 5 peratus. Episod terbaru drama tersebut telah merekodkan rating sebanyak 4.9 peratus. Bagaimanapun di kawasan metropolitan, drama Tale of the Nine-Tailed kekal kukuh dengan rating sebanyak 5.8 peratus.
Sumber: Soompi