Djimon Hounsou Ganti Tempat Brian Tyree Henry Dalam Filem “A Quiet Place 2”

107
views

TheWrap melaporkan pelakon Brian Tyree Henry terpaksa mengundurkan diri dari projek filem A Quiet Place 2 disebabkan masalah jadual penggambaran. Tempat pelakon tersebut akan diganti dengan bekas calon Oscar, Djimon Hounsou.

Henry kini terlibat dalam projek yang masih belum mempunyai tajuk bersama-sama pelakon Jennifer Lawrence. Beliau juga bakal terlibat dalam projek terbaru Marvel iaitu The Eternals yang dijangka akan memulakan penggambarannya bulan ini.

A Quiet Place 2 akan menyambung kisah keluarga Abbott selepas mereka terselamat dari serangan makhluk asing yang kejam. Emily Blunt akan kembali membawakan wataknnya bersama-sama pelakon Cillian Murphy, Millicent Simmonds dan Noah Jupe. John Krasinsk turut kembali sebagai pengarah dan penulis skrip. Setakat ini, plot filem tidak didedahkan kepada umum.

Dilaporkan juga, pembikinan sekuel kali ini akan menelan belanja yang lebih besar berbanding filem pertama. Emily Blunt yang kebiasannya menerima bayaran 7 angka juga dikatakan sekali lagi sanggup untuk mengurangkan bayaran yang diterimanya kerana filem ini adalah projek yang diminati oleh suaminya, John Kransinski.

Filem pertama A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar.

Sebelum ini, sekuel filem ditetapkan pada 15 Mei 2020, tetapi pihak produksi menganjak tarikh 2 bulan lebih awal iaitu 20 Mac 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here