Berita

Disney Umumkan Tarikh Baru Filem-Filem MCU, MULAN & JUNGLE CRUISE

Views

Disney telah mengumumkan tarikh baru filem-filem berprofail tinggi mereka termasuklah filem Marvel Studios, Black Widow dan filem live action arahan Niki Caro, Mulan, yang mana kedua-duanya telah ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada masakini.

Black Widow yang sepatutnya ditayangkan 1 Mei ini telah ditukar ke tarikh 6 November 2020, manakala The Eternals yang patutnya ditayangkan November ini telah ditukar ke tarikh 12 Februari 2021. Perubahan tarikh Black Widow turut memberi impak kepada tarikh tayangan filem-filem MCU yang lain. Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings telah ditukar ke tarikh 7 May 2021Doctor Strange and the Multiverse of Madness ditetapkan pada 5 November 2021Thor: Love and Thunder pada 18 Februari 2022 dan Captain Marvel 2 pada 8 Julai 2022. Sementara itu, filem Black Panther 2 kekal dengan tarikh 8 Mei 2022.

Mulan yang sepatutnya ditayangkan 27 Mac yang lalu sebelum ditunda, telah diberi tarikh baru iaitu 24 Julai 2020, manakala filem lakonan Dwayne Johnson dan Emily Blunt, Jungle Cruise dianjak setahun ke tarikh 30 Julai 2021.

Filem fantasi komedi terbitan 20th Century Studios, Free Guy lakonan Ryan Reynolds turut ditukar dari tarikh 3 Julai ke 11 Disember tahun ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks