Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Asia

Disney+ Umum Lebih Banyak Kandungan Dari Korea Selatan & China

Susulan Pameran Kandungan APAC 2021 The Walt Disney Company yang menyaksikan pelancaran 28 tajuk kandungan baharu, Disney+ telah menayangkan kandungan dari Asia seperti Snowdrop, BLACKPINK: The Movie, Outrun by Running Man dan Tokyo MER di beberapa pasaran APAC.

Di Indonesia, Susah Sinyal The Series menjadi siri nombor satu di Disney+ Hotstar sejak pelancarannya. Sebagai sebahagian daripada senarai kandungan tahun 2022, Disney+ baru-baru ini melancarkan lebih banyak judul dari Asia, termasuklah Anita (Director’s Cut), King of Savvy, Taiwan Crime Stories dan Life Long Journey.

“Sambutan terhadap Pameran Kandungan APAC kami dan tajuk baharu adalah amat positif,” kata Jessica Kam-Engle, Ketua Kandungan & Pembangunan APAC Disney.

“Terdapat selera yang luar biasa di seluruh dunia untuk kandungan Asia berkualiti tinggi dan cerita asli dengan resonans budaya yang hebat. Kami akan terus melabur dalam kandungan terbaik dan bekerjasama dengan bakat kreatif dan pencerita yang paling dicari di rantau ini supaya mereka boleh menyerlah di pentas dunia.”

Judul-judul baharu sebagai sebahagian daripada senarai kandungan APAC 2022 Disney termasuklah ‘Anita (Director’s Cut),’ edisi khas yang disiarkan dalam lima bahagian selama 45 minit yang mengisahkan kebangkitan legenda Anita Mui untuk menjadi superstar. Edisi khas Anita ini akan dikeluarkan di Disney+ mulai 2 Februari.

Artis ikonik yang dikenali sebagai “Madonna of the East”, mendiang Anita Mui ialah penyanyi dan pelakon Hong Kong yang mengubah senario muzik Cantopop untuk peminat setianya di seluruh Asia. Edisi Potongan Pengarah ini menyelidiki kehidupan peribadinya yang kurang dikenali termasuk persahabatannya dengan bintang terkenal Hong Kong Leslie Cheung, hubungan romantiknya dan menampilkan banyak lagu istimewa. Anita (Director’s Cut) diarahkan oleh Longman Leung, diterbitkan oleh penerbit pemenang anugerah Bill Kong, dan menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Louis Koo dan Louise Wong.

Sebuah siri asli Korea Selatan, King of Savvy akan memasuki produksi tidak lama lagi. Siri yang dibawah sepanduk Star ini adalah mengenai raja kasino yang penuh dengan jenayah dan aksi. King of Savvy adalah salah satu projek Disney+ yang cukup menarik di mana bintang filem aksi thriller Old Boy, Choi Min-sik, akan bergandingan dengan pengarah filem Korea Selatan Kang Yoon-sung (The Outlaws). Ia adalah kisah yang menarik tentang kelangsungan hidup, mengambil risiko dan kembali ke dalam permainan.

Dari Tanah Besar China, Disney+ juga akan mengeluarkan A Life Long Journey, sebuah drama bersiri bahasa Cina yang diadaptasi daripada novel dengan nama yang sama, yang telah memenangi Hadiah Sastera Mao Dun tahun 2019, salah satu hadiah sastera paling berprestij di China. A Life Long Journey mengisahkan tentang seorang pekerja kolar biru Cina dan keluarganya, dan banyak perubahan masyarakat yang mereka alami merentas generasi berbeza, dan dibintangi oleh Lei Jia-Yin dan Song Jia.

Kini dalam produksi, Taiwan Crime Stories ialah siri thriller psikologi Asli Mandarin yang mula menjalani penggambaran pada November yang lalu. Diilhamkan oleh empat penyiasatan jenayah sebenar, Taiwan Crime Stories membawa penonton melihat dengan lebih dalam kes pembunuhan beramai-ramai sebuah keluarga yang dilanda keganasan, kes rogol yang mengerikan, kes pembunuhan, penipuan dan kes ketidakadilan.

Hasil kerjasama antarabangsa, siri 12-bahagian itu diterbitkan secara bersama oleh CALFILMS (Taiwan), Sixty Percent Productions (Hong Kong), dan Imagine Entertainment, yang diasaskan oleh pengarah Hollywood yang memenangi anugerah, Ron Howard dan penerbit Brian Grazer. Siri eksklusif ini dibintangi oleh Rhydian Vaughan, Patrick Shih, Simon Hsueh, Allison Lin, Frederick Lee, Wang Po-Chieh dan banyak lagi.

Tertakluk kepada ketersediaan tempatan, judul kandungan APAC terbaru ini akan tersedia pada perkhidmatan penstriman sepanjang tahun hadapan. Projek-projek ini adalah sebahagian daripada cita-cita Disney untuk menghasilkan kandungan bahasa tempatan dan lebih 50 APAC Originals menjelang 2023.

Semasa Panggilan Pendapatan Setahun Penuh pada November 2021, The Walt Disney Company berkata bahawa lebih 340 judul asli tempatan untuk platform DTC berada dalam pelbagai peringkat pembangunan dan pengeluaran di seluruh dunia, dan firma itu merancang untuk meningkatkan pelaburan dalam kandungan tempatan dan serantau yang akan disajikan kepada penonton di seluruh dunia.

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

Leave a Comment