Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Tunda Tayangan Black Widow, Eternals, Shang-Chi & Banyak Lagi

Ura-ura Black Widow ditunda dari tarikh tayangan November ini akhirnya benar apabila Walt Disney Studios mengumumkan tarikh baru filem-filem terbitan mereka.

Black Widow yang sepatutnya ditayangkan pada 6 November ini telah ditunda ke 7 Mei 2021. Perubahan tarikh tayangan filem solo adiwira Marvel itu menyebabkan dua lagi filem Marvel Cinematic Universe ditunda ke tarikh baru. 

Eternals yang sebelum ini ditetapkan pada 12 Februari 2021 diubah ke 5 November 2021, manakala Shang Chi and The legend of the Ten Rings diberi tarikh baru iaitu pada 9 Julai 2021. 

Turut diubah tarikh tayangan adalah filem Death on the Nile dari 23 Oktober ke 18 Disember 2020. The Empty Man turut diubah tarikh tayangan dari 23 Oktober ke 4 Disember 2020. Berikut adalah jadual tayangan terbaru filem terbitan Disney:-

  • The Empty Man: 4 Disember 2020.
  • Death on the Nile: 18 Disember 2020.
  • The Kings’ Man: 12 Februari 2021
  • Black Widow: 7 Mei 2021
  • Shang Chi and The Legend of the Ten Rings: 9 Julai 2021
  • Deep Water: 13 Ogos 2021
  • Eternals: 5 November 2021
  • West Side Story: 10 Disember 2021. 

Sumber: Comingsoon.net

 

 

 

Related posts

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Dua Filem Marvel Tanpa Judul Dapat Tarikh Tayangan Pada 2024

Kakimuvee

Leave a Comment