
Satu pekara yang sangat jarang berlaku.
Kebiasaannya, peminat di Malaysia berpeluang untuk menonton filem-filem Marvel Cinematic Universe lebih awal dari AS, namun tidak bagi Thor: Love and Thunder yang telah ditunda dari tarikh tayangan 7 Julai ke tarikh baru, iaitu pada 21 Julai 2022.
Berita penundaan itu dibuat GSC sebentar tadi, yang memaklumkan kepada pembeli tiket awal bahawa filem tersebut telah ditunda ke tarikh baru oleh Disney.
Punca penundaan tidak didedahkan, tetapi terdapat kemungkinan bagi mengelakkan persaingan dengan filem tempatan Mat Kilau yang kini sedang menguasai pasaran tempatan ataupun menghadapi masalah di peringkat tapisan filem.
Kepada pelanggan yang telah membeli tiket awal di kaunter atau e-kiosk GSC, anda boleh menuntut balik bayaran dalam tempoh 14 hari.
Thor: Love and Thunder menyaksikan Thor (Chris Hemsworth) dalam perjalanan tidak seperti apa yang pernah dia hadapi – pencarian untuk kedamaian yang dalaman. Tetapi persaraannya diganggu oleh pembunuh galaksi yang dikenali sebagai Gorr the God Butcher (Christian Bale), yang mencari kepupusan dewa.
Untuk memerangi ancaman itu, Thor meminta bantuan Raja Valkyrie (Tessa Thompson), Korg (Taika Waititi) dan bekas teman wanitanya, Jane Foster (Natalie Portman), yang – mengejutkan Thor – secara tidak jelas menggunakan tukul ajaibnya, Mjolnir, untuk menjadi Thor yang perkasa.
Bersama-sama, mereka memulakan pengembaraan kosmik yang mengerikan untuk mengungkap misteri dendam ‘God Butcher’ dan menghentikannya sebelum terlambat.
Diarahkan oleh Taika Waititi, entri terbaru Thor dibintangi Chris Hemsworth, Natalie Portman, Christian Bale, Tessa Thompson, Russell Crowe, Jaimie Alexander, Chris Pratt, Karen Gillan, Sean Gunn dan ramai lagi.