Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney “Tidak Mengharap” Pada Filem “New Mutants”


Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger mendedahkanĀ X-Men: Dark PhoenixĀ menjadi faktor terbesar kerugian kos operasi Walt Disney Company. Kegagalan filem terbaru X-Men itu dalam memberi pulangan kepada pihak studio meninggalkan persoalan bagaimana filem New MutantsĀ beraksi di pentas box office.

Filem ‘spin off’ X-Men itu mengalami masalah pasca produksi dimana ia terpaksa menjalani sejumlah besar penggambaran semula, perubahan tarikh dan sebagainya.

Menurut laporan dariĀ Variety,Ā pihak studio tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem New Mutants, dan mereka percaya filem terbaru Fox itu berpotensi mendapat jumlah box office yang terhad.

ā€œDisney is optimistic that handing Fox superhero properties such as ā€œFantastic Fourā€ and ā€œX-Menā€ to Marvel Studios president Kevin Feige will improve the quality of these movies, but bumps must be smoothed over in that transition. The studio is unimpressed with ā€œNew Mutants,ā€ an ā€œX-Menā€ spinoff with a haunted-house vibe, and believes it has limited box office potential.ā€

Tidak dipastikan apa yang akan dilakukan oleh Disney dimasa akan datang. Adakah mereka akan membuat keputusan untuk tetap menayangkan filem New Mutants di pawagam ataupun sekadar bersiaran di laman penstriman video Disney+ atau Hulu seperti yang diura-urakan sebelum ini.Ā 


Kegagalan Dark Phoenix telah memberi sebab kenapa Disney sangat risau dengan filem-filem dibawah bumbung Fox. Disney sebelum ini dilaporkan telah membatalkan beberapa projek filem Fox sepertiĀ Mega Man, Flash Gordon, Magic: The Gathering dll, dan mereka dikatakan hanya menumpukan francais yang mampu memberi pulangan keuntungan sepertiĀ AvatarĀ danĀ Planet of the ApesĀ 

New Mutants diarahkan oleh Josh Boone dan dibintangi pelakon-pelakon sepertiĀ  Anya Taylor-Joy sebagai Illyana Rasputin / Magik, Maisie Williams sebagai Rahne Sinclair / Wolfsbane, Charlie Heaton sebagai Sam Guthrie / Cannonball, Henry Zaga sebagai Roberto da Costa / Sunspot, Blu Hunt sebagai Danielle Moonstar / Mirage, dan Alice Braga sebagai Cecilia Reyes.

Filem tersebut telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 3 April 2020.. setakat ini.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Ɓlvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee