Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Tidak Mencadangkan Captain Marvel Atau Brie Larson Untuk Kempen Oscars

Walaupun pernah memenangi Oscar menerusi lakonannya dalam filem RoomBrie Larson tidak berpeluang untuk merebut tempat ke pencalonan Oscar apabila filem Captain Marvel tidak tersenarai dalam kempen “For Your Consideration” Disney

Disney telahpun menyenaraikan filem Avengers: Endgame, Aladdin, The Lion King, Toy Story 4 serta Frozen 2 untuk ke pencalonan Oscar, tetapi ketiadaan Captain Marvel mungkin menimbulkan tanda tanya kepada para peminatnya memandangkan terdapat isu yang melibatkan pihak studio dan pelakon utamanya.

Advertising

Brie Larson sebelum ini telah dikaitkan isu yang menimbulkan perasaan ‘tidak puas hati’ dikalangan para pegawai eksekutif Disney selepas dia terpalit dengan kontroversi feminisme yang hampir menyebabkan filem Captain Marvel disabotaj dan dikritik peminat kerana lakonannya yang ‘agak kayu’.

Bagaimanapun, isu tersebut dianggap khabar angin memandangkan tiada sebarang komen dari kedua-dua belah pihak.

Jadi berkemungkinan, Disney sengaja mencadangkan satu filem Marvel sahaja untuk kempen Oscar pada tahun ini selepas melihat Avengers: Endgame mempunyai peluang lebih cerah berbanding Captain Marvel. 

Tambahan pula, dengan isu kritikan terhadap filem superhero yang masih lagi panas, mungkin menyebabkan Disney hanya memilih salah satu filem Marvel yang paling layak untuk disenaraikan dalam kempen Oscar mereka.

Advertising

Related posts

Marvel Akhirnya Dedah Tajuk Sebenar “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee