
The Mandalorian kembali ke Disney+ Jumaat ini, tetapi para pengkritik tidak berpeluang menonton musim kedua lebih awal dari penonton biasa.
Menurut perkongsian dari pengkritik Slash Film, Peter Sciretta dan laman ComicBookMovie, Lucasfilm tidak akan memberi ‘screener’ kepada para pengkritik kerana tidak mahu sebarang kebocoran spoiler. Ini gara-gara tindakan segelintir pengkritik yang membocorkan ‘spoiler’ selepas diberi tayangan awal musim pertama The Mandalorian.
Kini, mereka hanya dapat menyaksikan The Mandalorian bersama-sama penonton biasa iaitu pada 30 Oktober ini, dan kita tidak dapat membaca ulasan awal dari mereka.
The Mandalorian isn’t doing press screeners for season 2. Looks like everyone is watching the show at the exact same time at midnight on Thursday nights.
— Peter Sciretta loves Star Wars (@PeterSciretta) October 24, 2020
Dalam musim kedua, Mandalorian bersama The Child meneruskan perjalanan mereka, menghadapi musuh dan bertemu sekutu ketika melalui galaksi yang penuh bahaya selepas era kejatuhan Galactic Empire
Pedro Pascal memainkan peranan utama sebagai The Mandalorian, dan disertai Gina Carano yang memainkan peranan sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dalam masyarakat; serta Carl Weather sebagai Greef, ketua kumpulan pemburu upahan yang mengupah The Mandalorian untuk menjalankan tugas tertentu.
The Mandalorian akan memulakan episod pertama pada 30 Oktober ini di Disney+.