Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Tetapkan Tarikh Tayangan “The Little Mermaid” Pada 2023

Disney secara rasmi menetapkan tarikh tayangan filem remake live-action terbaru mereka, The Little Mermaid, iaitu pada 26 Mei 2023. 

Halle Bailey akan memainkan watak utama sebagai Ariel dengan Javier Bardem akan membawa peranan King Triton. Menyertai mereka adalah Jonah Hauer-King sebagai Putera Eric, Jacob Tremblay sebagai Flounder, Awkwafina sebagai Scuttle, Daveed Diggs sebagai Sebastian, dan Melissa McCarthy, yang akan memainkan peranan sebagai ahli sihir laut Ursula.

Untuk versi baru The Little Mermaid, Disney menggandingkan Lin-Manuel Miranda dan Alan Menken untuk mencipta campuran lagu lama dan baru yang akan ditampilkan dalam versi filem yang akan datang. Pengarah filem ini, Rob Marshall sebelum ini pernah bekerjasama dengan Lin-Manuel Miranda dalam Mary Poppins Returns.

Filem animasi Disney The Little Mermaid telah menjana $211 juta dolar di box office global dan jualan videonya turut menjadi yang antara yang terlaris. Ia juga telah mempopularkan beberapa lagu seperti “Under The Sea” dan “Part of Your World.” Berdasarkan cerita dongeng Denmark karya Hans Christian Andersen, ia menceritakan kisah seorang puteri duyung berusia 16 tahun bernama Ariel yang ingin menjadi manusia.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment