Berita

Disney Telah Tetapkan Tarikh 5 Filem Misteri MCU

Views

Menurut laporan dari laman Deadline, Disney / Fox telah mengumumkan jadual tayangan filem – filem mereka bermula pada tahun hadapan sehingga 2023. Bagaimanapun, yang menariknya jadual tersebut turut mengandungi tarikh tayangan untuk 5 filem misteri MCU.

Berikut adalah tarikh tayangan filem-filem tersebut.

1) 7 Oktober, 2022

2) 17 Februari, 2023

3) 5 Mei, 2023

4) 28 Julai, 2023

5) 3 November, 2023

Seperti yang peminat tahu, ke semua filem Fasa 4 MCU iaitu Black WidowThe EternalsShang-Chi and the Legend of the Ten RingsDoctor Strange in the Multiverse of MadnessUntitled Spider-Man sequel danThor: Love and Thunder telah diberi tarikh tayangan.

Untuk Fasa 5 MCU, hanya Black Panther 2 sahaja telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 6 Mei 2022.

Berdasarkan dari senarai diatas, 2023 akan menyaksikan 4 filem Marvel akan diterbitkan, sama seperti 2021 dimana ia menjadi tahun pertama yang menyaksikan Marvel Studios menerbitkan 4 buah filem. Memandangkan 2021 dan 2023 memiliki jumlah filem yang sama, kita boleh menjangkakan terdapat sekurang-kurangnya dua slot yang bakal diisi pada tahun 2022.

BACA:  Patty Jenkins Dedahkan Peranan Pedro Pascal Dalam Filem Wonder Woman 1984

Beberapa filem bakal memasuki fasa pra produksi tidak lama lagi seperti Ant-Man 3 dan Deadpool 3, jadi terdapat kemungkinan untuk dua filem tersebut dimasukkan dalam jadual 2022. Manakala filem seperti Guardians  of the Galaxy Vol. 3, Blade, Captain Marvel 2 dan filem reboot seperti Fantastic Four dan X-Men mungkin akan mengisi slot jadual tahun 2023.

Selain itu juga, terdapat kemungkinan untuk rancangan bersiri Disney+ diangkat ke layar perak. Beberapa rancangan bersiri dilihat berpotensi untuk dijadikan filem antaranya The Falcon and the Winter SoldierWandaVisionHawkeyeMs. MarvelMoon Knight dan She-Hulk.

Jadi kepada peminat-peminat Marvel, filem misteri manakah yang akan mengisi slot Fasa 5 MCU? kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Tinggalkan Balasan

shares