Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Sedang Bangunkan Filem Live Action Inspector Gadget

Kejayaan beberapa filem ‘remake’ membuatkan Disney terus mengorek khazanah -khazanah lama milik mereka. Kali ini, sebuah lagi harta intelek yang pernah popular pada zaman 1980an akan diangkat kembali ke layar perak.

Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, Disney kini sedang membangunkan filem Inspector Gadget dibawah selian penerbit Dan Lin dan Jonathan Eirich, pasukan kreatif yang telah berjaya membawa Aladdin  mencapai kutipan lebih $1 billion tahun ini. Skrip filem kini sedang ditulis oleh Mikey Day dan Streeter Seidell.

Inspector Gadget dicipta secara bersama oleh studio Amerika dan Kanada. Inspector Gadjet diinspirasikan dari karakter Inspector Clouseau, dalam siri kartun The Pink Panther, dan merupakan detektif bionik yang memiliki segala gajet dalam badannya. Dia sering dibantu anak saudaranya iaitu Penny dan anjing bernama Brain untuk menewaskan Dr. Claw dan organisasi jenayah yang dikenali sebagai M.A.D.

Ini kali ketiga Disney cuba menghasilkan adaptasi dari karakter Inspector Gadget. Filem pertama diterbitkan pada tahun 1999 dan bintangi pelakon Matthew Broderick, manakala filem kedua berjudul Inspector Gadget 2 dihasilkan dalam bentuk video dan diterbitkan pada tahun 2003.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment