Semasa menyampaikan Pendapatan Suku Tahunan Disney kepada para pemegang saham, Disney turut membentangkan kerugian yang dialami mereka, dan pihak syarikat telah menamakan filem terbaru X-Men iaitu X-Men: Dark Phoenix sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kerugian kos operasi
Dengan modal pembikinan lebih dari $200 juta dolar, Dark Phoenix hanya mampu meraih kutipan sebanyak $253 juta dolar seluruh dunia dan akbiatnya, telah mengalami kerugian besar (terutamanya kepada kos pemasaran dan sebagainya).
Disney mencatatkan kerugian kos operasi sebanyak $170 juta dolar dalam suku ketiga fiskal. Selain dari Dark Phoenix, kerugian turut berpunca dari filem The Kid Who Would Be King dan Stuber yang gagal dipentas box office. Ketiga-tiga filem tersebut merupakan antara filem Fox selepas peggabungan diantara Disney dan Fox.
Dalam perkembangan terbaru, X-Men kini diletakkan dibawah pengurusan Marvel Studios bersama-sama karakter Fox Marvel yang lain seperti Fantastic Four dan Deadpool. Dengan kerugian yang dialami Disney, tidak bermakna X-Men akan terkubur, cuma mungkin pihak Marvel Studios akan merehatkan sebentar francais tersebut dan kembali memperkenalkannya dimasa akan datang.