Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney & Scarlett Johansson Teruskan Kerjasama Untuk Projek Terbaru Termasuklah Filem Tower of Terror


Setelah pertikaian undang-undang selama dua bulan antara bintang MCU Scarlett Johansson dan Disney, The Hollywood Reporter melaporkan bahawa kedua-dua pihak akhirnya mencapai kesepakatan dan telah menyelesaikan pelanggaran tuntuan kontrak yang sebelum ini difailkan oleh Johansson pada Julai yang lalu mengenai pengedaran Black Widow di Disney+. Perincian mengenai penyelesaian mereka bagaimanapun tidak didedahkan kepada media.

Walaupun kedua-dua pihak sering berbalah sebelum ini, nampaknya hubungan mereka tidak akan runtuh, dengan pelakon dan pihak syarikat menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan kerjasama kreatif yang telah lama mereka bina selama bertahun-tahun.

Saya gembira dapat menyelesaikan perbezaan kami dengan Disney,” kata Johansson dalam satu kenyataan. “Saya sangat bangga dengan kerja yang telah kita lakukan bersama selama bertahun-tahun dan sangat menikmati hubungan kreatif saya dengan pasukan. Saya berharap dapat meneruskan kerjasama kami di tahun-tahun akan datang.

Pengerusi Disney Studios, Alan Bergman, juga mengesahkan bahawa mereka sedang berkerjasama dalam beberapa projek yang akan datang. Ini termasuk filem live-action Tower of Terror, dengan Johansson masih terlibat untuk memimpin projek itu, yang pertama kali diumumkan sebelum tuntutan mahkamah.

Saya sangat gembira kerana kami dapat mencapai kesepakatan bersama dengan Scarlett Johansson mengenai Black Widow,” kata Bergman. “Kami menghargai sumbangannya ke atas Marvel Cinematic Universe dan berharap dapat bekerjasama dalam beberapa projek yang akan datang, termasuk Tower of Terror.”


Berdasarkan salah satu tarikan taman tema klasik dan popular Disney, filem The Tower of Terror akan diterbitkan oleh Johansson menerusi syarikatnya, These Pictures, di samping Jonathan Lia. Projek ini muncul setelah kejayaan Jungle Cruise yang dibintangi oleh Dwayne Johnson dan Emily Blunt, yang sama-sama bersedia untuk mengulangi peranan mereka dalam sekuel yang baru diumumkan.

Johansson baru-baru ini membintangi filem MCU terakhirnya sebagai Natasha Romanoff / Black Widow. Dia kini sedang menjalani penggambaran di Sepanyol untuk filem arahan Wes Anderson, dan juga akan dilihat dalam filem aksi penggembaraan romantis Apple Studios, Ghosted, yang menyatukannya dengan rakan kolaborator, Chris Evans.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee