Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Sahkan, Tarikh Tayangan MULAN Kekal Julai Ini

Filem ‘live action’ Mulan sepatutnya menemui penonton pada 26 Mac ini, tetapi pandemik COVID-19 telah memaksa Disney untuk menukar perancangan mereka, dan filem adaptasi animasi klasik itu telah ditukar ke tarikh 24 Julai 2020.

Namun, melihat pandemik yang melanda global masih belum reda, peminat tertanya-tanya adakah akan berlaku lagi perubahan terhadap tarikh tayangan Mulan. 

Ketika ditemubual CNBC baru-baru ini, CEO Disney, Bob Chapek mengesahkan tiada perubahan tarikh untuk filem tersebut setakat ini. Namun, beliau menjelaskan bahawa mereka akan menilai situasi dari masa ke semasa, dimana pihak studio akan mengambil satu filem untuk menilai keadaan semasa.

Diadaptasi dari filem animasi berjudul sama yang diterbitkan Disney pada 1998, Mulan berdasarkan legenda masyarakat China iaitu Hua Mulan, dimana dia menyamar sebagai seorang lelaki bagi menggantikan tempat ayahnya yang sudah tua – untuk berkhidmat dalam pasukan tentera China dan membawa penghormatan kepada keluarganya.

Dibintangi Yifei Liu yang memainkan peranan utama sebagai Hua Mulan, dia akan dibantu beberapa pelakon lain antaranya Gong Li, Donnie Yen, Jet Li, Jason Scott Lee, Yoson An, Jimmy Wong, Doua Moua, Ron Yuan, Utkarsh Ambudkar, Xana Tang, dan Chum Ehelepola.

Lakonlayar ditulis oleh Elizabeth Martin, Lauren Hynek, Rick Jaffa dan Amanda Silver, dan diterbitkan Walt Disney Pictures.

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment