Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Susulan tayangan perdana Doctor Strange in the Multiverse of Madness di Disney+ Hotstar baru-baru ini, kedudukan rasmi filem itu dalam garis masa Marvel Cinematic Universe telah disahkan!.

Terima kasih kepada Disney+ yang membolehkan pengguna melihat kedudukan setiap filem MCU mengikut garis masa rasmi – senarai kronologi yang menunjukkan kedudukan filem atau siri televisyen MCU. Peminat kini mengentahui bahawa kejadian Doctor Strange in the Multiverse of Madness berlaku selepas filem Eternals, dan sebelum siri Disney+ Hawkeye, Moon Knight dan Ms. Marvel.


Susunan garis masa Marvel Cinematic Universe yang telah dikemas kini sepenuhnya adalah seperti berikut:

  1. Captain America: The First Avenger
  2. Captain Marvel
  3. Iron Man
  4. Iron Man 2
  5. Thor
  6. The Avengers
  7. Thor: The Dark World
  8. Iron Man 3
  9. Captain America: The First Avenger
  10. Guardians of the Galaxy
  11. Guardians of the Galaxy Vol. 2
  12. Avengers: Age of Ultron
  13. Ant-Man
  14. Captain America: Civil War
  15. Black Widow
  16. Black Panther
  17. Spider-Man: Homecoming
  18. Doctor Strange
  19. Thor: Ragnarok
  20. Ant-Man and the Wasp
  21. Avengers: Infinity War
  22. Avengers: Endgame
  23. Loki
  24. What If…?
  25. WandaVision
  26. The Falcon and the Winter Soldier
  27. Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings
  28. Eternals
  29. Doctor Strange in the Multiverse of Madness
  30. Hawkeye
  31. Moon Knight
  32. Ms. Marvel

Pada masa ini, terdapat tiga projek MCU – The Incredible Hulk, Spider-Man: Far From Home dan Spider-Man: No Way Home – masih belum dimasukkan dalam Disney+, menjadikan senarai garis masa MCU tidak lengkap sepenuhnya setakat ini. 

Memandangkan No Way Home masih belum tersenarai dalam Disney+, peminat beranggapan Multiverse of Madness berlaku selepas peristiwa No Way Home. Filem itu juga, dianggap berlaku sebelum Hawkeye (dimana peristiwanya berlaku seasam musim cuti), dan ini membuatkan peminat tertanya-tanya bagaimana ia akan berhubung dengan siri sulung Hawkeye itu.

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment