Siri TV

Disney+ Sahkah WandaVision Akan Datang Pada 2020

Views

2020 bakal menyaksikan peminat-peminat Marvel sibuk mengikuti perkembangan filem dan siri televisyen terbitan Marvel Studios. Selain daripada Black Widow, The Eternals dan siri Disney+ The Falcon and the Winter Solider, peminat bakal disajikan satu lagi rancangan Marvel, iaitu WandaVision.

Dalam previw trailer sempena Tahun Baru, Disney+ mendedahkan bahawa siri televisyen WandaVision bakal menemui penonton pada tahun ini – tidak seperti yang diumumkan di San Diego Comic Con tahun lalu, iaitu pada pertengahan 2021.

Anda boleh saksikan video preview Disney+ menerusi perkongsian dibawah.

Siri akan datang menyaksikan Wanda Maximoff bakal mengalami gangguan jiwa dan berubah menjadi Scarlet Witch. Pengarah Fargo, Matt Shakman telah diberi tanggungjawab untuk mengarahkan 6 episod siri akan datang.

Elizabeth Olsen (Avengers: Endgame) dan Paul Bettany (Avengers: Infinity War) kembali memainkan peranan mereka  sebagai Wanda dan Vision. Mereka disertai Teyonah Parris (Mad Men) yang akan membawakan watak dewasa Monica Rambeau serta Kat Dennings (Thor: The Dark World), Randall Park (Ant-Man and the Wasp) yang meneruskan watak sebagai Darcy Lewis dan Agent Jimmy Woo dan Kathryn Hahn (Spider-Man: Into the Spider-Verse) sebagai jiran kepada Wanda.

Tinggalkan Balasan

shares