Official Trailer

Disney+/Pixar Lancar Trailer LAMP LIFE, Spin Off Kepada Animasi Toy Story 4

Views

Disney+ dan Pixar telah melancarkan treler rasmi animasi pendek Lamp Life yang memaparkan penggembaran Bo Beep sebelum filem Toy Story 4. Anda boleh saksikan treler tersebut menerusi pemain video dibawah.

Dalam filem animasi pendek ini, Bo Beep akan menceritakan kisahnya selepas kali terakhir dilihat dalam filem Toy Story 2. Selepas peristiwa dari filem keempat, Bo memberitahu Woody tentang penggembaraannya diantara Toy Story 2 dan Toy Story 4 dimana dia dan kambing biri-birinya telah diberi kepada seorang kanak-kanak perempuan. Namun dia kemudiannya menjadi rosak dan ditinggalkan di kedai Second Chance Antiques, yang akhirnya membawa kepada pertemuan Giggle McDimple, Duke Caboom dan Gabby Gabby.

Lamp Life disuarakan Annie Potts sebagai Bo Beep, Jim Hanks sebaga Woody, Christina Hendrick sebagai Gabby Gabby serta beberapa pelakon lain. Animasi pendek ini boleh distrim di Disney+ mulai 31 Januari 2020.

Tinggalkan Balasan

shares