Disney Pecat Pengarah Guardians of the Galaxy

0
82
views

Gara-gara 'tweet' lama yang mengandungi kenyataan dan lawak agak melampau, pengarah Guardians of the Galaxy, James Gunn telah dipecat oleh studio Disney dari mengarahkan filem seterusnya yang berjudul Guardians of the Galaxy Vol. 3.

Pembikin filem yang berusia 51 tahun adalah individu penting dalam kejayaan dua filem Marvel Guardians of the Galaxy dan kini sedang dalam proses merangka skrip untk filem ketiga.

Menurut laporan dari laman The Guardian, laman web Daily Caller telah menemui 'tweet' lama pengarah tersebut dari tahun 2008 dan 2009 yang mengandungi post  mengenai isu rogol, pedophilia, insiden 9/11 dan juga insiden Holocaust. Pengarah itu juga kerap mengkritik pentadbiran Donald Trump dan mengelarkan president US itu sebagai 'Incompetent'

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusi studio Walt Disney, Alan Horn sikap dan kenyataan melampau yang ditunjukkan oleh James Gunn dilaman Twitter adalah bertentangan dengan nilai-nilai yang ada pada pihak studio, dan menyebabkan pihak studio memutuskan hubungan perniagaan dengan pengarah tersebut.

Sementara itu, James Gunn memohon maaf diatas lawak melampau yang keluarkan olehnya dan mengambil tanggungjawab penuh keatas perbuatannya itu.

Pemecatan James Gunn meninggalkan tanda tanya mengenai filem ketiga Guardians of the Galaxy sama ada filem tersebut digantikan dengan pengarah lain ataupun ia dibatalkan. Apapun kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya dimasa akan datang.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here