Official Trailer

Disney Lancarkan Video Lirik “Into the Unknown” Nyanyian Kumpulan Panic! At the Disco

Frozen 2 akan ditayangkan pada 22 November ini

Views

Walt Disney Pictures telah melancarkan video lirik lagu “Into the Unknown” versi Panic! At the Disco dari soundtrack filem animasi yang paling dinantikan, Frozen 2. Versi tersebut akan dimainkan di babak kredit akhir filem sekuel berkenaan.

Anda boleh dengar lagu “Into the Unknown” dipemain video dibawah.

Lagu-lagu soundtrack dinyanyikan oleh para pelakon Frozen 2 yang terdiri daripada Kristen Bell, Idina Menzel, Josh Gad, Jonathan Groff dan Evan Rachel-Wood. Selain itu juga, kumpulan rock Weezer dan penyanyi Kacey Musgraves turut mempersembahkan lagu-lagu babak kredit Frozen 2. 

Berikut adalah senarai soundtrack lagu Frozen 2:

1. “All Is Found,” performed by Evan Rachel Wood
2. “Some Things Never Change,” performed by Kristen Bell, Idina Menzel, Josh Gad and Jonathan Groff
3. “Into the Unknown,” performed by Idina Menzel (feat. AURORA)
4. “When I Am Older,” performed by Josh Gad
5. “Reindeer(s) Are Better Than People (Cont.),” performed by Jonathan Groff
6. “Lost in the Woods,” performed by Jonathan Groff
7. “Show Yourself,” performed by Idina Menzel and Evan Rachel Wood
8. “The Next Right Thing,” performed by Kristen Bell
9. “Into the Unknown,” performed by Panic! At the Disco (end credits)
10. “All Is Found,” performed by Kacey Musgraves (end credits)
11. “Lost in the Woods,” performed by Weezer (end credits)

BACA:  Tonton Trailer Lucy in the Sky Lakonan Natalie Portman

Frozen 2 dibintangi pelakon suara seperti Idina Menzel, Kristen Bell, Jonathan Groff, Josh Gad, dan Santino Fontana yang meneruskan watak masing-masing. Mereka turut disertai dua pelakon baru filem ini iaitu Evan Rachel Wood sebagai sebagai Queen Iduna, ibu kepada Anna dan Elsa serta Sterling K. Brown sebagai Lieutenant Mattias, ketua kepada sekumpulan askar Arendelle yang telah terperangkap dalam hutan misteri selama 30 tahun.

Soundtrack Frozen 2 akan mula dilancarkan pada 15 November ini, manakala tayangan filem akan bermula pada 22 November.

Tinggalkan Balasan

shares