
Disney+ telah melancarkan trailer pertama WandaVision, siri pertama Marvel Cinematic Universe yang akan ditayangkan dilaman penstriman Disney+. Anda boleh saksikan trailer dibawah bersama poster terbaru.
Ditetapkan pada era 1950an, WandaVision akan berkisarkan kehidupan dua karakter adiwira MCU, Scarlett Witch dan Vision. Siri ini mengabungkan gaya sitkom klasik dengan Marvel Cinematic Universe dimana Wanda Maximoff dan Vision – dua adiwira yang menjalani kehidupan di pinggir bandar yang ideal – mula mengesyaki bahawa semuanya tidak seperti yang disangka.
Elizabeth Olsen (Avengers: Endgame) dan Paul Bettany (Avengers: Infinity War) kembali memainkan peranan mereka sebagai Wanda dan Vision. Mereka disertai Teyonah Parris (Mad Men) yang akan membawakan watak dewasa Monica Rambeau serta Kat Dennings (Thor: The Dark World), Randall Park (Ant-Man and the Wasp) yang meneruskan watak sebagai Darcy Lewis dan Agent Jimmy Woo dan Kathryn Hahn (Spider-Man: Into the Spider-Verse) sebagai jiran Wanda yang bising.
Jac Schaeffer bertindak sebagai penerbit, showrunner dan ketua barisan kreatif WandaVision, manakala Matt Shakman mengarahkan siri ini.
Sumber: Comingsoon.net
