Disney / Pixar telah melancarkan poster karakter filem animasi terbaru mereka berjudul Onward. Pelancaran poster tersebut dibuat sebelum mereka mengeluarkan satu lagi trailer terbaru pada bila-bila masa.
Selain itu juga, pihak studio turut mengumumkan penambahan pelakon suara yang terdiri daripada Ali Wong (Always Be My Maybe), Lena Waithe (Queen & Slim) dan Mel Rodriguez (The Last Man on Earth). Anda boleh saksikan poster karakter Onward menerusi galeri dibawah.
Ditetapkan di kawasan pinggir bandar dalam dunia fantasi, Onward mengisahkan tentang dua remaja Elf yang juga merupakan adik-beradik, keluar menggembara untuk mengentahui jika masih ada kuasa magis diluar kawasan mereka.
Filem animasi ini diarahkan oleh bekas pengarah filem Monsters University, Dan Scanlon. Penerbit Kori Rae Scanloan berkata, Onward diilhamkan oleh hubungan kekeluargaan dengan abangnya.
Onward akan menemui penonton pada 6 Mac 2020.