Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Kemaskini Tarikh Tayangan & Tajuk King’s Man, Eternals & Banyak Lagi

Walt Disney Studios telah mengemaskini tarikh tayangan filem The King’s Man, yang kini ditetapkan pada 26 Februari 2021 berbanding tarikh sebelumnya pada 18 September 2020. Filem tersebut akan berentap dengan filem keluaran Paramount Pictures, Without Remorse. 

Pihak studio juga menetapkan tarikh tayangan Nomadland pada 4 Disember 2020, bersama-sama tarikh tayangan filem dari 20th Centiru Studios, The Empty Man. 

Filem animasi Disney bersama Pixar Animation yang sebelum ini tidak mempunyai tajuk telah diberikan judul baharu iaitu Luca yang ditetapkan tarikh tayanganya pada 18 Jun 2021. Filem terbaru Marvel Studios, The Eternals kini berjudul Eternals dengan tarikh tayangannya masih kekal pada 12 Februari 2021. 

The King’s Man menceritakan sekumpulan penjahat dan dalang jenayah dimana mereka berkumpul untuk merancang peperangan menghapuskan jutaan umat manusia. Kini, seseorang perlu menghentikan rancangan jahat mereka dengan segera. Sepanjang perjalanannya, penonton akan melihat asal usul agensi perisikan persendirian dalam filem terbaru Matthew Vaughn, The King’s Man. 

Ralph Fiennes membintangi filem prekuel ini bersama-sama Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Tom Hollander, Harris Dickinson, Daniel Brühl, with Djimon Hounsou, dan Charles Dance. 

 

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee