Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Disney Keluarkan Teaser Pertama Filem Star Wars: Episode VIII


Ep-8-thumb-1536x864-278076908271

Percaya atau tidak, Disney telah mengeluarkan teaser pertama filem Star Wars akan datang iaitu Star Wars: Episode VIII yang menampilkan Luke Skywalker dan Rey. Tapi kita terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 7 bulan dari sekarang untuk menonton teaser penuh pertama filem Star Wars ini.

Untuk menandakan yang mereka telah memulakan produksi filem ini, Star Wars telah mengeluarkan video dibawah yang mana menunjukkan babak filem terbaru akan dihasilkan.

Babak yang ditunjukkan dalam video ini adalah menunjukan sambungan dari filem Star Wars: The Force Awakens dimana Luke Skywalker (Mark Hamill) dan Rey (Daisy Ridley) berdiri dan bersemuka sesama sendiri sebelum Rey menyerahkan Lightsaber kepada Luke.

Kemudian, pengarah baru untuk filem akan datang, Rian Johnson menjerit “Cut!” kerana sudah tentunya mereka tidak mahu mendedah terlampau banyak mengenai filem terbaru ini nanti.

Walaupun view babak tersebut seakan sama seperti dalam filem The Force Awakens, tetapi kehadiran pengarah Rian Johnson diset pengambaran membuatkan kami percaya bahawa babak tersebut adalah dari babak terbaru untuk filem Episode VIII.


Dalam babak terbaru tersebut, menunjukan kemungkinan permulaan cerita filem Episode VIII akan menyambung terus babak terakhir dari Episode VII atapun kemungkinan babak flashback filem terbaru itu nanti. Nampaknya kita akan melihat perbualan pertama antara Luke (sekiranya beliau bercakap) dan Rey nanti.

Filem Star Wars: Episode VIII akan ditayangkan pada 15 Disember 2017


Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee