Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Disney+ Keluarkan Jadual Siaran The Mandalorian Musim Pertama

Disney+ telah mengeluarkan jadual siaran siri Star Wars yang paling dinantikan, The Mandalorian. Siri tersebut akan memulakan siarannya di platform penstriman video pada 12 November ini. Setakat ini, tidak dipastikan bila platform streaming itu akan dibuka untuk pelanggan dari Malaysia.

Berikut adalah jadual siaran siri The Mandalorian:

  • Episode 1: November 12
  • Episode 2: November 15
  • Episode 3: November 22
  • Episode 4: November 29
  • Episode 5: December 6
  • Episode 6: December 13
  • Episode 7: December 18
  • Episode 8: December 27

The Mandalorian akan menceritakan tentang seorang pahlawan telah muncul dalam dunia Star Wars. The Mandalorian ditetapkan selepas kejatuhan Empire dan sebelum kemunculan First Order. Siri ini akan membawa penonton merasai penggembaran pahlawan solo itu di kawasan galaksi yang luas dan berjauhan dari kekuasaan New Republic.

Pedro Pascal memainkan peranan sebagai pahlawan tunggal Mandalorian. Dia disertai Gina Carano sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dengan masyarakat serta Carl Weathers sebagai Greef, seorang ketua kumpulan “bounty hunters” yang mengupah The Mandalorian untuk tugasan tertentu.

Siri ini turut dibintangi Giancarlo Esposito, Emily Swallow, Carl Weathers, Omid Abtahi, Werner Herzog dan Nick Nolte.

Jon Favreau bertindak selaku penerbit eksekutif dan showrunner untuk siri ini. Pengarah musim pertama terdiri daripada Dave Filoni, Deborah Chow, Rick Famuyiwa, Bryce Dallas Howard dan Taika Waititi.

The Mandalorian akan mula bersiaran di Disney+ pada 12 November ini.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

Trailer Money Heist Musim Ke-5 Bab. 1: Menyerah Diri Bukanlah Pilihan

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

Rosa Salazar Mahu Membalas Dendam Dalam Trailer “Brand New Cherry Flavor”

Kakimuvee