Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

[Disney Investor Day] Setiap Pengumuman Filem & Siri TV MCU

Perbentangan tahunan Disney’s Investor Day penuh dengan kejutan dan berita baik kepada peminat. Semalam, kami telah kongsikan perkembangan lanjut dan pengumuman mengenai Star Wars (anda boleh bacanya disini), dan untuk kali ini, kami kongsikan ringkasan pengumuman yang dibuat oleh Kevin Fiege semasa perbentangan yang berlangsung pada hari Jumaat yang lalu. 

PERKEMBANGAN & SIRI TERBARU MCU DI DISNEY+

Secret Invasion

Kisah klasik Marvel Comic akan diteroka dalam siri terbaru Marvel Disney+, Secret Invasion. Siri akan datang menyaksikan Samuel L. Jackson dan Ben Mendelsohn kembali meneruskan peranan mereka sebagai Nick Fury dan Talos. Kedua-dua watak itu kali terakhir dilihat dalam filem Spider-Man: Far From Home dimana Talos menyamar menjadi Nick Fury manakala Fury berada di kapal angkasa Skrull, menuju ke lokasi yang tidak diketahui. 

Dominique Thorne sebagai Ironheart

Satu lagi siri Marvel Disney+ telah diumumkan!. Pelakon Dominique Thorne disahkan bakal membawa peranan sebagai Riri Williams, seorang pencipta yang genius, “yang secara kebetulan berjaya mencipta armor paling maju sejak Iron Man

Karakter Ironheat dicipta oleh penulis Brian Michael Bendis dan artis Mike Deodato pada 2015, dan membuat debut pertama dalam Invincible Iron Man Vol. 2.

Armor Wars

Don Cheadle kembali menyarung armor War Machine dalam siri terbaru MCU berjudul Armor Wars. Dia untuk menghalang teknologi sut Tony Stark dari jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab

Baby Groot

Siri animasi istimewa yang akan berkisarkan tentang salah seorang ahli Guardians of the Galaxy yang paling kecil, iaitu Baby Groot.

Guardians of the Galaxy Holiday Special

James Gunn akan kembali sebagai penulis dan pengarah untuk siri Guardians of the Galaxy Holiday Specil yang dijangka tayang pada musim cuti tahun 2022.

The Falcon and The Winter Soldier akan ditayangkan pada Mac 2021

Siri kedua Marvel Disney+, The Falcon and the Winter Soldier akan ditayangkan pada 19 Mac 2021, selain itu juga, trailer pertama dan poster terbaru telah dilancarkan. anda boleh saksikannya dibawah.

Pandangan pertama siri Loki

Marvel Studios telah melancarkan trailer pertama siri yang dinantikan, Loki, memberi pandangan pertama siri tersebut kepada peminat. Kate Herron menjadi pengarah untuk siri akan datang dengan Tom Hiddleston sebagai ‘god of mischief’, Loki versi lama (sebelum Infinity War), yang bakal menghuru-harakan dunia.

Loki akan ditayangkan pada Mei 2021 di Disney+

What If…? meneroka sejarah alternatif MCU

Disney dan Marvel telah mengumumkan tarikh pelepasan siri animasi What If…? iaitu pada musim panas 2021. “Bayangkan Spider-Man sertai The Fantastic Four”, atau “Bagaimana Sekiranya Hulk sebijak Bruce Banner”. Segala sejarah alternatif MCU akan diceritakan dalam siri animasi What…If?

Saksikan trailer pertama dibawah:

Tatiana Maslany sah sebagai She-Hulk, Abomination kembali

Pelakon Orphan Black akhir disahkan menyertai MCU sebagai Jennifer Walters, seorang peguam yang memperolehi abiliti Hulk selepas menerima darah sepupunya, Bruce Banner. Tim Roth kembali ke MCU dengan meneruskan perananya dalam filem The Incredible Hulk (2008), sebagai Emil Blonsky / Abomination. Mark Ruffalo juga akan membuat kemunculan dalam siri akan datang sebagai Bruce Banner / Hulk. 

FILEM-FILEM MCU

Fantastic Four Akan Dihasilkan

Kevin Feige mengumumkan bahawa filem reboot Fantastic Four kini sedang dibangunkan dengan pengarah Spider-Man 2, Jon Watts mengetuai projek terbaru Marvel Studios itu. 

“I’m happy to announce a film about one of the truly iconic Marvel families – in fact, Marvel’s first family: the Fantastic Four. We’re working on a feature now and it will be directed by the director of our recent Spider-Man films, Jon Watts,” – Kevin Feige. 

Tajuk Ant-Man 3 didedahkan

Tajuk filem ketiga Ant-Man telah didedahkan, iaitu Ant-Man and the Wasp: Quantumania. Pelakon Jonathan Majors disahkan bakal membawa peranan penjahat klasik Marvel, Kang the Conqueror.

Peyton Reed kembali mengarahkan filem ketiga Ant-Man dengan Paul Rudd, Evangeline Lilly, Michael Douglas, dan Michelle Pfeiffer kembali meneruskan peranan masing-masing. Kathryn Newton menyertai barisan pelakon sebagai Cassie Lang, menggantikan tempat Emma Fuhrmann yang membawa peranan itu dalam filem Avengers: Endgame.

Ms. Marvel & Monica Rambeau akan buat kemunculan dalam Captain Marvel 2

Iman Vellani yang memainkan peranan Kamala Khan / Ms. Marvel akan membuat kemunculan dalam filem kedua Captain Marvel. Monica Rambeau lakonan Teyonah Parris turut dilaporkan kembali. Ms. Marvel bakal membuat debut di MCU menerusi siri televisyennya sendiri berjudul Ms. Marvel, manakala Monica Rambeau merupakan salah satu watak dalam siri WandaVision.

Debut live action pertama Miss America dalam Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Miss America bakal membuat debut pertama dalam MCU apabila pelakon Xochitl Gomez disahkan membawa peranan America Chavez aka Miss America. Sam Raimi akan menjadi pengarah Doctor Strange in the Multiverse of Madness dengan Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, dan Benedict Wong kembali meneruskan peranan mereka dalam MCU. 

Feige mengesahkan bahawa filem ini akan ditayangkan pada 25 Mac 2022. Selain itu juga, sekuel Doctor Strange bukan sahaja berkait dengan siri WandaVision, malah turut berkait dengan Spider-Man 3.

Elizabeth Olsen kini menjalani penggambaran Multiverse of Madness di London, manakala Doctor Strange akan membuat kemunculan dalam Spider-Man 3. 

Christian Bale sebagai Gorr the God Butcher

Spekulasi mengenai peranan Bale dalam filem Thor: Love and Thunder akhirnya disahkan. Bekas pelakon trilogi Dark Knight itu akan memainkan peranan sebagai Gorr the God Butcher, antara musuh terhebat Thor. 

Filem keempat Thor menyaksikan Natalie Portman kembali sebagai Jane Foster, dimana dia akan menjadi Thor, “The Goddess of Thunder”. Chris Hemsworth, Tessa Thompson kembali meneruskan peranan mereka sebagai Thor dan Valkyrie.

Marvel tidak akan ‘recast’ T’Challa

Fiege mengesahkan bahawa Marvel tidak akan mencari pelakon lain untuk watak T’Challa dalam filem Black Panther 2, bagi menghormati mendiang Chadwick Boseman. Sebaliknya, mereka akan meneroka watak-watak lain, menggunakan tema ‘World of Wakanda’. Ryan Coogler kembali sebagai pengarah dalam filem akan datang, dan tarikh tayangan dianjak ke 8 Julai 2022. 

Related posts

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”

Kakimuvee

Made-For-Theatre Movie ROALD DAHL’S THE WITCHES Premieres Exclusively on HBO GO in Malaysia From This Friday 29 January

Isqandar

HBO Max Bangunkan Siri TV Live-Action “Harry Potter”

Kakimuvee

Kejar-Mengejar Berterusan! Si Tom & Jerry Bawa Kenakalan & Kekacauan Di Malaysia

Isqandar

Christopher Nolan Tidak Lagi Mahu Bekerjasama Dengan Warner Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating