Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney+ Hotstar Umum Musim Kedua “Star Wars: The Bad Batch”

Disney+ Hotstar mengumumkan musim kedua siri animasi terkenal Star Wars: The Bad Batch, yang akan dilancarkan pada tahun 2022.

“Peminat dengan penuh semangat merangkul aksi dan drama ‘Star Wars: The Bad Batch,’ dan kami teruja melihat dunia animasi Star Wars terus berkembang di Disney+,” kata Michael Paull, Presiden Disney+ dan ESPN+. “Sebagai laman streaming khusus untuk francais Star Wars, kami tidak sabar untuk musim kedua siri animasi kegemaran peminat ini.”

Mengulas pengumuman musim kedua, penerbit eksekutif Dave Filoni berkata, “Seluruh pasukan Animasi Lucasfilm dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Disney+ dan peminat kami atas peluang untuk meneruskan kisah Bad Batch.”

Star Wars: The Bad Batch mengikuti klon elit dan eksperimental Bad Batch (pertama kali diperkenalkan dalam The Clone Wars) ketika mereka memulakan perjalanan di galaksi yang berubah dengan cepat selepas ‘Clone War’.

Anggota Bad Batch – skuad klon unik yang berbeza secara genetik dari saudara mereka dalam Tentera Clone – masing-masing memiliki kemahiran luar biasa yang menjadikan mereka tentera yang sangat berkesan dan kru yang hebat.

Siri animasi ini diterbitkan oleh Dave Filoni (The Mandalorian, Star Wars: The Clone Wars), Athena Portillo (Star Wars: The Clone Wars, Star Wars Rebel), Brad Rau (Star Wars Rebeles, Star Wars Resistance) dan Jennifer Corbett (Star Wars Resistance, NCIS). Brad Rau turut menjadi pengarah penyelia dengan Jennifer Corbett sebagai ketua penulis.

Bahagian 1 dari finale-dua bahagian Musim pertama Star Wars: The Bad Batch kini tersedia untuk ditonton sekarang, hanya di Disney+ Hotstar.

Layari StarWars.com untuk maklumat lanjut mengenai siri ini.

Related posts

[TRAILER] Netflix Tetapkan Tarikh Tayangan “Alice in Borderland” Musim 2

Kakimuvee

Bintang ‘Wednesday’ Jenna Ortega Memperoleh 10 Juta Pengikut Instagram Dalam Tempoh 10 Hari

Kakimuvee

Stephen Lang Jelaskan Bagaimana Wataknya Masih Hidup Dalam Sekuel “Avatar”

Kakimuvee

Poster John Wick: Chapter 4 Soroti Kepulangan Keanu Reeves Sebagai Pembunuh Upahan Berbahaya

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee

Tajuk “Indiana Jones 5” Telah Didedahkan, Saksikan Juga Trailer Terbaru Disini

Kakimuvee

Leave a Comment