Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Disney+ Hotstar Lancar Trailer Pertama “Home Sweet Home Alone”, Akan Ditayangkan Pada 12 November Ini

Disney+ Hotstar telah melancarkan trailer pertama untuk filem penggembaraan komedi terbaru, Home Sweet Home Alone. Filem keenam dari francais kegemaran ramai Home Alone ini akan membuat debut pada 12 November 2021, eksklusif di Disney+ Hotstar. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Max Mercer adalah kanak-kanak lelaki yang nakal dan bijak, yang telah ditinggalkan keluarganya ketika mereka bercuti di Jepun. Jadi, apabila pasangan suami isteri yang berusaha mendapatkan puasaka tak ternilai harganya di rumah keluarga Mercer, terserah kepada Max untuk melindungi dirinya dari pengaruh … dan dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan mereka. Huru-hara komedi yang epik aka berlaku, tetapi di sebalik kekacauan, Max menyedari bahawa sebenarnya tiada tempat yang lebih indah seperti rumahnya. 


Filem ini dibintangi Ellie Kemper (“Unbreakable Kimmy Schmidt”), Rob Delaney (“Deadpool 2”), Archie Yates (“Jojo Rabbit”), Aisling Bea (“Living with Yourself”), Kenan Thompson (“Saturday Night Live”), Tim Simons (“Veep”), Pete Holmes (“The Secret Life of Pets 2”), Devin Ratray (“Home Alone”), Ally Maki (“Toy Story 4”), Chris Parnell (“Anchorman 2: The Legend Continues”) dan diarahkan oleh Dan Mazer (“Dirty Grandpa”).

Lakon layar ditulis oleh Mikey Day & Streeter Seidell (“Saturday Night Live”), berdasarkan cerita oleh Mikey Day & Streeter Seidell. Hutch Parker (“X-Men: Dark Phoenix”) dan Dan Wilson (“Patriots Day”) berkhidmat sebagai penerbit, bersama Jeremiah Samuels (“Stuber”) yang berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.

Related posts

[VIDEO] “Kutip RM12.2 Juta, Tapi “Mat Kilau” Masih Belum Untung” – Mawi Beri Penjelasan

Kakimuvee

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Leave a Comment