Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Memperkenalkan lebih dari 20 tajuk kandungan APAC tempatan baru termasuk 18 kandungan Originals, bekerjasama dengan pencipta kandungan yang memenangi anugerah dan baru muncul dari rantau ini

Kredit: Disney+ Hotstar

Siaran Media

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2021 – Pada majlis persidangan media dan rakan kerjasama  peringkat rantau serta tempatan hari ini, The Walt Disney Company memperkenalkan rangkaian  kandungan global, serantau dan bahasa tempatan untuk Disney+ dan Disney+ Hotstar, dan  melancarkan lebih dari 20 tajuk kandungan APAC baharu termasuk 18 kandungan Originals.  Peminat boleh menantikan pelbagai kisah asli oleh para pencipta kandungan yang terhebat dari  rantau ini, selain beraneka kandungan berjenama daripada Disney, Marvel, Star Wars, Pixar,  National Geographic dan Star. 

Projek APAC yang baharu mengemukakan penerbitan asli oleh pencipta-pencipta kandungan  terhebat, darilakonan bintang terkemuka merangkumi drama, komedi, fantasi, cinta, fiksyen  ilmiah, jenayah, seram, mahupun rancangan aneka ragam, dokumentari dan anime dari pasaran pasaran seperti Jepun, Korea Selatan, Indonesia, China dan Australia. Tajuk-tajuk kandungan  APAC baharu akan tersedia di platform penstriman ini pada tahun depan, namun tertakluk pada  ketersediaan tempatan. Projek baharu yang diumumkan hari ini merupakan sebahagian daripada  aspirasi Disney untuk menerajui lebih 50 penerbitan kandungan Originals di APAC menjelang  2023. 

“Selama beberapa dekad ini, The Walt Disney Company telah menghiburkan pengguna dan  menjadi sebati dengan ekosistem kreatif tempatan,” kata Luke Kang, Presiden, The Walt Disney  Company Asia Pasifik. “Hari ini, kami membuat satu lagi komitmen dengan menyatukan sumber  global syarikat dengan para pencipta kandungan terkemuka dari Asia Pasifik untuk  mengembangkan dan menghasilkan kisah-kisah asli di Disney+. Seiring pembudayaan perkhidmatan OTT, kemunculan kandungan bertaraf dunia dari Asia Pasifik, dan peningkatan  penghayatan pengguna, kami yakin inilah masa terbaik untuk merancakkan kerjasama kami  dengan para pencipta kandungan terkemuka di rantau ini untuk membawakan penceritaan yang  tiada bandingan kepada penonton global.” 

Dalam beberapa tahun akan datang, Disney akan melancarkan beraneka kandungan hiburan  berjenama premium di platform penstriman tersebut, termasuk kandungan daripada francais  jenama globalnya, kandungan hiburan umum daripada jenama Star, serta kandungan asli bahasa  tempatan yang dari APAC. 

Mengulas tentang rangkaian kandungan baharu dari APAC, Jessica Kam-Engle, Ketua  Kandungan & Pembangunan APAC Disney, berkata, “Strategi produksi kami menumpukan  fokus pada kerjasama dengan pakar penceritaan tempatan yang terunggul di rantau ini, serta  memanfaatkan kekuatan, skala dan dedikasi jenama kami dalam mencapai mercu kecemerlangan  kreatif. Kami berharap dapat bekerjasama dengan bakat-bakat kreatif yang memenangi anugerah serta yang baru muncul di Asia Pasifik, dan berkongsi kisah-kisah asli bagi menonjolkan budaya  dan sosial yang unik dari rantau ini kepada khalayak global.” 

Ejen Ali Musim 3
Ejen Ali Musim 3
Foto kredit: Disney+ Hotstar

Pengguna di Malaysia boleh menantikan rangkaian kandungan APAC yang luas yang akan datang  ke Disney+ Hotstar pada tahun depan, termasuk “Ejen Ali Musim 3“. Dalam musim terbaru siri  animasi Malaysia yang dinanti-nantikan ini yang dihasilkan bersama oleh Primeworks Studios,  Wau Animation dan Disney+ Hotstar, watak-watak siri berkenaan akan mengembara ke bandar  futuristik Cyberaya dengan ejen rahsia dan melakukan misi yang mustahil. 

Tambahan lagi, sorotan utama tajuk kandungan APAC baharu termasuk: 

  • Filem thriller aksi, Moving merupakan filem ulung dari Korea yang berdasarkan kartun web (webtoon) oleh Kang Full, yang mengisahkan bagaimana tiga wira remaja menemui  kekuatan luar biasa mereka.
  • Snowdrop, siri melodrama romantik yang dibintangi pelakon Korea terkenal, Jung Hae-in dan Jisoo dari kumpulan BLACKPINK. Diilhamkan oleh penerbit di sebalik K-drama  hebat 2019 “SKY Castle”, Snowdrop merupakan antara drama paling dinanti-nantikan tahun ini. 
  • Grid, siri baru bergenre misteri oleh pemenang anugerah, penulis Lee Su-yeon.
  • Eksklusif di Disney+ Hotstar dan di pawagam, BLACKPINK: The Movie merupakan  sebuah dokumentari tentang kumpulan K-pop yang popular, bagi meraikan ulang tahun  kelima mereka. 
BLACKPINK: The Movie. Foto kredit: Disney+ Hotstar
  • Rookies, drama siri romantik yang menelusuri kisah di akademi polis elit Korea,  merupakan drama sulung idola K-pop Kang Daniel
  • Drama Tokyo MER (Mobile Emergency Room) merupakan kolaborasi istimewa TBS yang bertemakan perubatan, dan dibintangi Ryohei Suzuki dan Kento Kaku yang mengungguli  pelbagai anugerah. 
  • BLACK ROCK SHOOTER DAWN FALL merupakan ‘reboot’ animasi Jepun untuk  BLACK★ROCK SHOOTER, suatu watak popular dengan peminat global yang telah  membawa muzik, tokoh aksi, permainan dan animasi. 
  • Summer Time Rendering adalah animasi Jepun yang berdasarkan salah satu tajuk  manga teratas yang mempunyai lebih dari 130 juta jumlah kumulatif paparan halaman di  aplikasi manga web Jepun Shonen Jump+. 
  • YOJOHAN TIME MACHINE BLUES (tajuk kerja) adalah siri animasi Jepun baru dan  merupakan sekuel ke THE TATAMI GALAXY. Ini adalah karya terbaru oleh penulis  pemenang anugerah Tomihiko Morimi dan Science SARU, sebuah studio produksi yang  telah memenangi banyak anugerah antarabangsa. 
  • Pada acara di Tokyo, Disney juga mengumumkan adaptasi anime yang telah dirancang  “Twisted Wonderland”, yang merupakan permainan mudah alih Disney yang sangat  popular oleh Aniplex. 
  • Diambil daripada filem hit yang bertajuk sama, drama bersiri komedi Susah Sinyal (atau Bad Signal) mengisahkan sekumpulan pekerja hotel yang menguruskan sebuah hotel  resort mewah di Jawa Barat. 
  • Di bawah visi kreatif pengarah yang memenangi anugerah Joko Anwar, dan dihasilkan  oleh Screenplay Bumilangit, Bumilangit bakal melancarkan drama bersiri pertamanya.
  • Memaparkan Chen Bo-Lin yang berbakat tinggi, “Small & Mighty” yang bertemakan penemuan diri, merupakan penampilan beliau dalam drama Taiwan sejak drama “In Time  With You”. 
  • “Delicacies Destiny” merupakan drama zaman Cina dan komedi romantik baharu yang  bertemakan makanan, yang diilhamkan oleh penerbit veteran Yu Zheng susulan kejayaan  “Story of YanXi Palace.” 
  • “Shipwreck Hunters” merupakan dokumentari Australia pertama Disney+ Hotstar yang  bertumpu pada misteri kapal karam ikonik di garis pantai Australia Barat yang luas.
Shipwreck Hunters
Foto kredit: Disney+ Hotstar

Program Pengalaman Kreatif APAC 

Disney hari ini juga mengumumkan pelancaran “Program Pengalaman Kreatif APAC” oleh The  Walt Disney Company, sebagai inisiatif pertama yang khusus bagi menyatukan ratusan pencipta  terkemuka dari APAC dengan para pembuat filem dan pencipta filem Disney yang bertaraf dunia.  Menerusi kelas pakar kreatif, forum diskusi dan aktiviti-aktiviti lain, Disney akan menjemput  pencipta-pencipta terkemuka dari seluruh APAC untuk bertemu dengan para eksekutif dan  pengamal kreatif terkemuka dari beberapa jenama dan studio utama syarikat.  

“Kami berharap program ini dapat memberi inspirasi kepada komuniti kreatif dan menyemarakkan  industri kreatif Asia Pasifik, yang saya percaya bakal muncul sebagai hab kandungan dan media  peringkat global,” kata Kang. “Kami dapat melihat bahawa bakat kreatif dan kandungan dari  banyak negara APAC adalah bertaraf dunia, dan hanya akan menjadi lebih baik. Penceritaan  Disney yang tiada tandingan merupakan asas pertalian istimewa kami dengan penonton. Jadi 

kami berharap dapat menawarkan pandangan berharga kepada bakat-bakat terkemuka di rantau  ini tentang proses kreatif para pencerita yang terulung di dunia.” 

Perkhidmatan penstriman berkenaan kini tersedia di Australia, New Zealand, Jepun, Singapura,  India, Malaysia, Indonesia dan Thailand, dengan pelancaran akan datang di Korea Selatan, Hong  Kong dan Taiwan pada November 2021. 

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment