Berita

Disney Hilang Keyakinan Terhadap Brie Larson & Captain Marvel

Views

Sebagai filem pertama ‘superhero’ wanita Marvel Studios, Captain Marvel telah terpalit dengan beberapa isu kontroversi seperti isu feminisme sehingga menyebabkan ia menerima tekanan yang agak tinggi semasa ditayangkan dipawagam awal tahun ini.

Walaupun tidak disukai dan tidak mendapat pujian seperti filem-filem MCU yang lain, ia tetap memberikan sebuah filem yang menghiburkan kepada penonton dan masih mampu mencatatkan kutipan sebanyak $1.1 billion di pentas box office.

Bagaimanapun, kejayaan komersial Captain Marvel tidak menjamin ianya akan berterusan. Brie Larson masih mempunyai 5 filem dalam kontraknya bersama Marvel Studios, namun Disney sudah mula tidak senang duduk dengan karakter adiwira wanita itu.

Menurut laporan dari Cosmic Boon News yang memetik kenyataan dari laman YouTube channel Overlord DVD, Disney dikhabarkan hilang keyakinan terhadap Brie Larson dan karakter adiwira lakonannya, dan ia semua berkaitan dengan Spider-Man. Marvel dilaporkan telah merancang untuk menggunakan karakter Spider-Man lakonan Tom Holland bagi membantu meningkatkan populariti Captain Marvel, tetapi kini Spidey tidak lagi bersama MCU, dan mereka khuatir Carol Danvers akan mengalami kesukaran untuk mendapat kepercayaan peminat.

BACA:  Filem Aksi Live Action Jepun, KAIJI: FINAL GAME Akan Menemui Penonton Tempatan Tidak Lama Lagi

Menurut kenyataan pengguna laman Youtube itu lagi, perancangan untuk mengabungkan Carol dengan Spider-Man dalam filem-filem Marvel akan datang adalah untuk membantu “memanusiakan dan menyeimbangkannya sedikit” karakter Carol yang kini sedikit kaku dan tidak sukai peminat – yang mana.. ianya benar. Tambahan pula, dengan bantuan dari Peter Parker, ia diharap mampu memberikan personaliti kepada Carol.

Apapun, pengguna Youtube itu menegaskan ianya sekadar khabar angin, filem Captain Marvel 2 masih diteruskan dan Brie Larson tidak akan meninggalkan MCU. Cuma Brie dan Captan Marvel mungkin akan berhadapan dengan sedikit masalah di masa hadapan jika Marvel tidak mengubah personaliti Captain Marvel dan membuatkan karakter tersebut diminati peminat seperti mana karakter-karakter MCU yang lain.

Kepada peminat filem-filam MCU, apa pendapat anda mengenai Captain Marvel? kongsikan diruangan komen

Sumber: Cosmic Book News

Tinggalkan Balasan

shares